Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Amalan-Amalan Kebaikan Di bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan. Alhamdulillah. Hari ini sudah hari ke 6 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Persoalan yang di tujukan khas untuk Miss Yaty sendiri dan pada anda semua, adakah amalan kita di bulan puasa tahun ini makin bertambah dari tahun sebelumnya?  

Kalau masih kurang marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan-amalan di bulan Ramadhan ni. InsyaAllah masih sempat untuk kita amalkan amalan-amalan ini. Jangan bertangguh lagi ye. Pesanan untuk diri sendiri. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan Allah di bulan Ramadhan kali ini. InsyaAllah. Ingatlah, walau tak dapat buat semua amalan-amalan ni tapi pastikan jangan tinggalkan semua ini kerana kita akan tergolong di kalangan orang-orang yang rugi jika tak hargai peluang ni. Sesungguhnya kita belum pasti samaada kita masih berkesempatan untuk berjumpa bulan Ramadhan seterusnya. 



(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan.
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan.
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian).
7) Solat berjemaah setiap waktu.
8) Solat jemaah di masjid/surau.
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
10) Sahur diwaktu akhir.
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12) Mandi Janabat sebelum Imsak.
13) Kurangkan tidur.
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh).
15) Tunaikan Solat Dhuha.
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor).
17) Tunaikan solat Rawatib.
18) Jaga pacaindera.
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka.
20) Hadiri majlis ilmu.
21) Buat baik kepada ibubapa.
22) Isteri hendaklah taat pada suami.
23) Banyakkan bersedekah.
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
25) Berbuka bersama org tua.
26) Jemput tetamu berbuka.
27) Kurangkan berat badan.
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja).
29) Baiki hubungan suami isteri.
30) Baiki hubungan jiran.
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan.
32) Elakkan berbelanja berlebihan.
33) Kuatkan kesabaran.
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih.
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan.
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia.
42) Melazimkan solat waktu.
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar.
44) Elakkan banyak berhutang.
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
46) Mengeluarkan zakat fitrah.


Thursday, July 19, 2012

Lafaz Niat Puasa Di Bulan Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan salam sayang. 

Hari ni dah masuk 29 Syaaban 1433. Dalam jangkaan kita akan berpuasa bermula pada Sabtu ni 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433. Bulan yang teramat kita nantikan kerana dalam bulan ni kita di galakkan memperbanyakkan amalan baik kerana setiap amalan baik kita akan di beri berlipat kali ganda pahala berbanding dengan bulan-bulan yang lain. SubhanaAllah. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah kerana menyediakan kita bulan untuk kita memperbaiki diri kita agar menjadi makhluk Allah yang lebih baik. InsyaAllah. 

Bila dah masuk bulan Ramadhan ramailah akan gelabah nak menghafal niat puasakan. Pada yang ingat tu Alhamdulillah. Tapi pada yang tak ingat tak salah pun untuk bertanya kan. Jangan malu untuk bertanya sesuatu tentang Islam. Sebab manusia memang tak lari dari terlupa. Jadi sebab tu ada sesi perkongsian ilmu pengetahuan dan ilmu agama. Niat memang penting kerana apa saje kita lakukan memang perlu di dahului dengan niat. Kalau takde niat tak menjadilah kerja tu. Seperti puasa, solat dan membayar zakat jugak sumenya memerlukan niat. Kerana tanpa niat ibarat sia-sialah kerja atau perkara yang korang lakukan tu. 



Di samping nak hafal niat puasa dan doa berbuka apa salahnya korang tambahkan sikit pengetahuan tentang  Sejarah dan kebaikan bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Sebab secara tak langsung kita tahu kenapa Allah mewajibkan kita berpuasa di bulan Ramadhan ni.   

 Klik Untuk Menderma 

Lafaz niat Puasa Ramadhan :




نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَ


Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala 


Doa berbuka puasa (seorang)  :






Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..


Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.



Dari Mu’adz bin Zuhrah, bahwasannya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi saw apabila berbuka puasa baginda mengucapkan, "Allaahumma Laka Shumtu wa ‘alaa Rizqika Afthartu”. 
(Hadis riwayat Abu Daud #2358, Al-Albani mengatakan hadis ini Daif di dalam Daif Abi Daud).

Wednesday, September 1, 2010

Sejarah dan Kebaikan Bulan Ramadhan Al Mubarak | Ramadhan

Assalamualaikum.. 


Sempena bulan Ramadhan yg mulia ni saya nak mohon maaf di atas segala keterlanjuran bicara di dalam blog ni. tak lupa juga pada yg mengenali diri ini. salam seribu kemaafan dan semoga Ramadhan kali ni membawa seribu erti dan hikmah pada kita sume. Semoga kita semua di rahmati dan di berkati ALLAH SWT.


entry kali ni saya nk share Sejarah dan Kelebihan bulan Ramadhan. arap info ni bermakna tuk kita sume. 

Sejarah Ramadhan


1) Ramadhan ertinya panas terik.
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana).

3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 

4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.

5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.

6) Di pilih untuk ibadat puasa.

7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran) 

Kelebihan/ Kebaikan Bulan Ramadhan 

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
 2) Bulan penuh keberkatan.
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu.
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7) Bulan menambah rezeki.
8) Memberi buka banyak pahala.
9) Bulan keampunan:
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

p/s: semoga info ni dpt menambahkan ilmu pengetahuan kita pasal Ramadhan ni.

Wednesday, August 18, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 2010 | Ramadhan




Assalamualaikum.

Alhamdulillah. ari ni da masuk ari ke 8 kite berpuasa. arap kite sume dapat menyempurnakan ibadah puasa ni dgn bek n sempurna. rase nye lum terlambat saya nak wish selamat berpuasa ye kawan2 n jgk my readers. da lame xmengupdate. da jd semacam je bile menaip ni. huhu.

bila da lame xonline n xupdate. mud nk menaip pn jd xde. almaklum la.buka lptp pon da jrg. juz on lptp bile de asgmt yg perlu di taip je. terlampaw bz n jgk nk menjimat kan tenaga nasional berhad. huk3~
jimat ke kalo saya sorg je yg xon lptp tp org len on je?hihi.ntah la..mybe tu sume alasan gak kot. giller xde mud nk mgadap lptp. lptp pon da mcm2 prob muncul. mmg da smpai tahap die ngade da kot.huhu..lyn jea. xkan nk mitak pok bli kan lptp baru kot. berangan jea dulu cik yaty ooiii. huhu.

nex wik mgu tough bg saya as student. lambakan test n quiz sdg menunggu. huk3. sadis2. xley nk ckp pe la da name pon kau student kn cik yaty. haa. xd lupakan gak nex 2 wik de 2 projek perlu d anta beserta de presentation n interview. ouch! giller la. cobaan di bulan ramdhan. arap2 sume2 tu mendapat keberkatan sempena bulan ramadhan. mana taw sume nye highers. amiin.(tinggi cita2 ku)

yg stil di pkrn kt mane saya nk wat praktikal pas ni. hurm. da dpt tmpt praktikal kt KT. tp stil apply gak kt KLIA n PETRONAS. saya juz folo my buddies je. kalo dpt kt mane2 antre 2 tu means saya nk kne wat proper decision. tkot gak kalo tersalah plih. sape x tkot tersalah pilih kn. sume org nk yg tbek tuk diri sendiri. rite? hurm. saya stil kne tgu keputusan kt 2 tmpt tu dlu. semoga saya dpt wat plihan terbek tuk diri saya gak.

da puasa ke 8 tp saya stil xdapat nk berbuka ngn family. pdhl umh da dkt. tp nk wat cm ne. mase yg singkat n jgk mcm2 program kt u yg wajib kne p. so terpaksa la layan kn aje. xtaw nape ati saya ni meronta2 nk blik umh. hurm. da windu family sgt2 kot. mungkin! huk3. cedey.

cepat2 la berlalu minggu minggu yg stressed ni. owh, i need dessert!! 

sok nk cari aiskrim vanilla la. batuk xbek2 lg. hurm. . .


till then. bye.



Monday, August 31, 2009

Selamat Berpuasa Kawan-Kawan Ku | Friends

Assalamualaikum. 


Pada kawan-kawan diploma ku...
aku nak say sowey 4 everithing...
dah lame tak jumpe korang...
windu plak...
da tak dapat nak jadi mak tiri tuk korang dah...hihi
bulan pose tahun ni tak dapat nak berbuke same-same dah...
tak dapat nak makan ayam golek same-same dah..
tak dapat nak pegi bazar same-same dah...
tak dapat nak pegi phuket same-same dah...
tak dapat nak makan ikan 3 rasa same-same dah...
tak dapat nak makan tomyam same-same dah...
uhuk3:(
sedey..........


AKU WINDU KORANG!!!!!