Assalamualaikum. Marilah kita mengamalkan amalan membaca surah Al-Kautsar. Surah pendek yang banyak Kelebihannya apabila di amalkan. InsyaAllah.
Terjemahan:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1.Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
2.Oleh itu , kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelilah korban (sebagai syukur).
3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang dingininya).
KETERANGAN SURAH AL KAUTSAR:
Surah Al Kautsar bererti kebaikan yang banyak dan merupakan
surah yang 108 di dalam Al Quran. Mengandungi tiga ayat sahaja. Ia dinamakan Al
Kautsar kerana Allah swt telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad dengan
kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat.
2 comments:
maha suci Allah :)
Precisely how have you figure all of this out relating to this topic? I enjoyed scanning this, Ill must visit other pages on your own site straight away.
Post a Comment