Tuesday, July 24, 2012

Doa Benteng Pertahanan/Keselamatan Diri, Keluarga dan Harta Benda (Khusus Untuk Wanita) | Doa

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. 

Kalau korang perasan dalam paper sekarang ni tajuk kebiasaan mesti kes bunuh, kes ragut, kes rogol dan juga kes penculikan. Kes macam ni lah yang buat mak bapak zaman sekarang risau nak lepas anak-anak dorang (terutamannya perempuan) keluar umah. Berdasarkan pengalaman Miss Yaty sendiri yang mempunyai mak ayah yang amat perihatin dan berhati-hati dalam menjaga anak-anak. Miss Yaty sendiri merasa terkongkong pada mulanya sebab tak bebas nak keluar umah. Kadang-kadang nak pegi kedai yang selang bape umah aje boleh buat dorang risau. 

Bila dah besar gini baru lah Miss Yaty paham perasaan dorang tu. Dorang terlampau protected. Bukannya sesaje dorang protected tu sume tapi kerna sayang. Terlampau sayangkan anak-anak mereka. Remaja sekarang janganlah terlampau mengejar kebebasan kerana tu sume hanya sementara je. Lebih baik korang hargai mak ayah korang selagi mereka ada. Miss Yaty nak share kat korang doa benteng pertahanan untuk keselamatan diri, keluarga dan harta benda kita. InsyaAllah kalau selalu amalkan kita akan terpelihara dan di jauhi dari sebarang kecelakan. Doa ni mak Miss Yaty yang suruh Miss Yaty amalkan. Miss Yaty nak share untuk korang jugak kerana sharing is caring. Satu ilmu kita kongsikan banyak pahala kita dapat. InsyaAllah.


Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat. 
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin.
iv. Ayat Berkubu.
v. Ayat Penggerak.


1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
BACAAN


Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas


foto Al-Muawwizat
foto Al-Muawwizat
foto Al-Muawwizat

CARA:
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.

2.0 AYATUL KURSI
BACAAN


foto Ayatul Kursi


Terjemahan: Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA:
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf.
2. Untuk melindungi diri sendiri: 
selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: 
baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
BACAAN

foto Ayat 1-9 Surah Yaasin


Terjemahan:(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA:
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda.
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU
BACAAN
foto Ayat Berkubu


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA:
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara.
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas.
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK
BACAAN
foto Ayat Pengerak


Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA:
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


P/s: Mak Miss Yaty pesan amalkan membaca Ayat Pengerak sebelum keluar dari umah. InsyaAllah kita akan terhindar dari kecelakan atau musibah. 



sumber : darussyifa

No comments: