Thursday, July 19, 2012

Lafaz Niat Puasa Di Bulan Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan salam sayang. 

Hari ni dah masuk 29 Syaaban 1433. Dalam jangkaan kita akan berpuasa bermula pada Sabtu ni 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433. Bulan yang teramat kita nantikan kerana dalam bulan ni kita di galakkan memperbanyakkan amalan baik kerana setiap amalan baik kita akan di beri berlipat kali ganda pahala berbanding dengan bulan-bulan yang lain. SubhanaAllah. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah kerana menyediakan kita bulan untuk kita memperbaiki diri kita agar menjadi makhluk Allah yang lebih baik. InsyaAllah. 

Bila dah masuk bulan Ramadhan ramailah akan gelabah nak menghafal niat puasakan. Pada yang ingat tu Alhamdulillah. Tapi pada yang tak ingat tak salah pun untuk bertanya kan. Jangan malu untuk bertanya sesuatu tentang Islam. Sebab manusia memang tak lari dari terlupa. Jadi sebab tu ada sesi perkongsian ilmu pengetahuan dan ilmu agama. Niat memang penting kerana apa saje kita lakukan memang perlu di dahului dengan niat. Kalau takde niat tak menjadilah kerja tu. Seperti puasa, solat dan membayar zakat jugak sumenya memerlukan niat. Kerana tanpa niat ibarat sia-sialah kerja atau perkara yang korang lakukan tu. 



Di samping nak hafal niat puasa dan doa berbuka apa salahnya korang tambahkan sikit pengetahuan tentang  Sejarah dan kebaikan bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Sebab secara tak langsung kita tahu kenapa Allah mewajibkan kita berpuasa di bulan Ramadhan ni.   

 Klik Untuk Menderma 

Lafaz niat Puasa Ramadhan :




نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَ


Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala 


Doa berbuka puasa (seorang)  :






Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..


Maksud :Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.



Dari Mu’adz bin Zuhrah, bahwasannya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi saw apabila berbuka puasa baginda mengucapkan, "Allaahumma Laka Shumtu wa ‘alaa Rizqika Afthartu”. 
(Hadis riwayat Abu Daud #2358, Al-Albani mengatakan hadis ini Daif di dalam Daif Abi Daud).

2 comments:

lady-D said...

Rasanya thn ni awal2 dah tuang ni..huwaaaa..pepun, selamat mnjalani ibadah puasa yaty, sm2 kite rebut gnjaran yg berlipat kali gnda ni ye

Miss Yaty said...

@d_la : hihi..beselah kita kn Allah bagi cuti. Hihi..insyaAllah..selamat berpuasa d_la :)