Thursday, September 20, 2012

My Inspiration - Be Happy Guys!


Pada 16 September 2012 ari tu genaplah Miss Yaty keje kat SD ni selama 5 bulan. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab Miss Yaty masih mampu bertahan sampai sekarang. Di harapkan Miss Yaty dapat keja kat sini selama yang Miss Yaty mampu untuk dapatkan lebih banyak pengalaman berharga.

Gembira dan bersyukur sebab staff-staff kat sini sumenya baik dan peramah. Majoriti staff bahagian SAP adalah melayu jadi takde lah kekok sangat nak bergaul. Tapi takdelah bemakna Miss Yaty tak bergaul dengan bangsa lain. Miss Yaty masih cuba bergaul dengan mereka dengan lebih mesra. Walau ada masalah yang lain tapi Miss Yaty masih mampu tersenyum dan gembira bekeje kat sini. Miss Yaty just think positive side. Sume yang berlaku mesti ada hikmahnya kan.

Miss Yaty selalu nasihatkan kawan-kawan Miss Yaty bekerjalah dengan ikhlas kerana Allah. Sentiasa fikirkan bekerja adalah sesuatu yang menggembirakan jadi bila kita bekerja kita akan melakukannya dengan ikhlas. Jangan terlalu memilih kerja. Just accept je mana kerja yang kita dapat walaupun bukan yang kita minat dan impikan selama ni. Mungkin Allah nak menguji kita sekarang. Kita tak tahu rezeki kita akan datang kan.

Terima rezeki yang Allah bagi dengan ikhlas. Lakukan keja dengan ikhlas. InsyaAllah rezeki yang kita dapat akan lebih berkat dan bermakna.

Bagi fresh graduan yang sedang dan masih mencari keja di harapkan korang berhati-hatilah mencari pekerjaan ye. Sekarang makin banyak kes-kes penipuan dan penganiayaan. Yang perempuan berhati-hatilah. Jangan mudah percaya pada tawaran pekerjaan yang gajinya lumayan. Sayangilah diri kita maruah kita dan maruah keluarga kita. Rezeki Allah sentiasa ada. Jangan mudah mengalah. Sentiasa solat hajat dan berdoa insyaAllah akan ada rezeki untuk korang nanti. Cubalah tips mencari pekerjaan untuk fresh graduate dan jugak yang masih mencari kerja. Semoga tips tu dapat menbantu korang ye . :)




2 comments:

JebengOtai™ said...

bila ikhlas..semuanya menjadi mudah.. :)

Miss Yaty said...

@jebeng otai: aah..betul3 :)