Yang pasal pemain bola macam biasa isu Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 tak kan luput di ingatan rakyat Malaysia. Kemenangan yang amat membanggakan ini memang sepatutnya di beri pujian dan di beri penghargaan pada mereka yang terlibat dalam kejohanan bola sepak ni. Gol keeper Harimau Malaya Khairul Fahmi memang salah seorang yang terkena tempias aura yang hebat. Baru-baru ini Kerajaan Kelantan telah memberi sebuah penghargaan untuk Khairul Fahmi sekeluarga bagi mengenang Jasa Khairul Fahmi iaitu Sebuah Rumah. Bukan itu sahaja pemain bola sepak Harimau Malaya yang lain juga telah mendapat penghargaan dari Kerajaan negeri masing-masing. Tahniah pada mereka yang telah berjasa pada negara kita.
Isu BAM pulak masih tak selesai lagi. Misbun Sidek masih menyepi tanpa khabar. Di harap isu ni cepatlah selesai. Sebab takut memberi impak besar pada sukan badminton kelak. Perletakan jawatan secara mengejut dari Misbun Sidek memang memberi impak pada Lee Chong Wei untuk beraksi dalam kejohanan Badminton akan datang. Lee Chong Wei merasa sangat terhutang budi dengan Misbun Sidek sampaikan Lee Chong Wei susah hati memikirkan masalah Misbun Sidek. Miss Yaty share entry Misbun Sidek Letak Jawatan, Lee Chong Wei Terhutang Budi.
Miss Yaty terkejut sangat bila tengok star rating iklan Nuffnabg blog Miss Yaty naik mendadak. Minggu lepas star rating Miss Yaty just ada 3 je untuk setiap tempat iklan. Tapi minggu ni alhamdulillah. Star rating iklan Miss Yaty makin naik. Terima kasih pada mereka yang sentiasa klik iklan Miss Yaty.
Miss Yaty tak tahu nak balas budi korang macam mana tapi setiap kali Miss Yaty blogwalking dan jumpa Iklan Miss Yaty sentiasa klik iklan tu. Miss Yaty tak tipu. Versi jujur ni. Miss Yaty sayang korang ketat-ketat. Miss Yaty akan sentiasa akan share info untuk korang ye pembaca tegar. Thanks sangat-sangat.