Wednesday, December 22, 2010

Tips Mendapatkan Buffered Earning Berterusan

Tips nak dapatkan BE berterusan ni memang korang kena ikut secara berterusan. Jangan malas-malas nak mencuba.

1. Mengisi "Blogger Bio Survey.
       
       Korang tahu tak kat mana nak isi Blogger Bio Survey tu? Kalau belum tahu, korang cek kat akaun Nuffnang korang. Ada link Blogger Bio Survey kat situ. Korang isilah survey tu. Mudah je. Seeloknya kita kena sentiasa update Blogger Bio Survey ni sebulan sekali. Ini nak membuktikan kat Pihak Nuffnang yang kita sentiasa update blog kita dan jugak memudahkan Pihak Nuffnang dan pengiklan berminat untuk memilih blog korang.



2. Pastikan korang dah pasang kesemua jenis iklan Nuffnang.

     Kalau korang belum tahu Pihak Nuffnang ada menyediakan 3 jenis Iklan iaitu Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle. Korang kena pastikan tempat letak iklan korang tu bertepatan dengan arahan Pihak Nuffnang. Ketiga-tiga iklan ni seeloknya di letakkan di tempat pelawat mudah tengok dan klik. 



3. Pastikan anda berstatus "Gliteratti"

        Pihak Nuffnang lebih suka blog yang berstatus "Gliteratti". Cara untuk mendapatkan status "Gliteratti" ni mudah je korang kena pastikan tips 1 dan 2 kat atas ni korang dah buat sebaik mungkin. 



4. Sentiasa Update Entry.

       Jangan malas nak update entry ye. Memang kadang-kadang kita takde idea nak update entry. Bila otak memang tak dapat berfungsi apa kata korang join contest ataupun segmen pape. Secara tak langsung korang dapat tingkatkan Unique Visitor kat blog korang. Sila pastikan setiap hari blog korang ada entry baru. Lagi korang rajin update entry lagi bagus sebab pengiklan ni nak cari blog yang sentiasa menghidupkan blog. Bila blog korang sentiasa ada update baru blogger lain akan sentiasa singgah dan secara tak langsung menaikkan trafik kat blog korang. Pengiklan pun yakin blog korang mampu menjadi pengiklan untuk iklan dorang. Kalau korang tak sempat nak update entry korang boleh buat entry auto publish.

5. Pastikan blog korang tak penuh dengan widget yang tak penting.

       Ada ke blogger yang suka singgah blog yang berat? Takdekan. Jadi korang kena sentiasa pastikan blog korang sentiasa ringan dan mudah untuk loading. Wideget yang terlampau banyak boleh menyebabkan blog menjadi sangat berat dan menyukarkan blogger lain untuk singgah kat blog korang. Blog korang cantik macam mana pun kalau berat orang pun taknak singgah dah tambah pulak kalau internet lembab. Korang pun paham kan macam mana perasaan kalau internet lembab gila.

6. Pastikan korang rajin bertanya secara direct kepada Pihak Nuffnang. 

       Korang di galakkan bertanya secara direct kepada Pihak Nuffnang. Jangan segan bertanya. Pihak Nuffnang akan sentiasa membalas apa jua soalan yang kita tanyakan. Apabila kita rajin bertanya secara tak langsung Pihak Nuffnang tahu kita blogger yang aktif dan sentiasa ingin mengupdatekan blog.





Credit to Cik Tom.

P/s: Kalau ada yang tak paham boleh tanya saya atau Cik Tom.

19 comments:

Hishyamuddin said...

thanks 4 da info!!

Miera Hassan said...

hihi, thanks info ni yaty..berguna ni

Nurdiyana Yaccob said...

emmm...selalunya dalam seminggu boleh ke dpt byk BE? atau bila dpt satu BE, lambat plak nk dpt BE yg ke-2

siti said...

trima kasih dengan tips2 y diberikan...=)

Ain Zulaikha said...

owh, thanks tips.. hihi nanti nak wat cmni gak lah.. semua dah lengkap.. ^^

Muhammad said...

bila laa mamat nk dpat BE pertama mamat ni akak??

CekLa said...

yaty. cekla tak dapat2 lagi BE sejak berblog ni. tgh tunggu jawapan dari nuff sebab ape tak dapat lagi. heheheh.

btw, yaty terpilih dalam
PENCARIAN BLOGGER PERAMAH 2011.

Miss Yaty said...

@hisyamuddin: welcome:)

Miss Yaty said...

@cik miera: welcome..selamat mencuba :)

Miss Yaty said...

@deqdeq: yaty pun tak tahu pasal tu..tapi yaty rasa tu semua atas berapa banyak UV yang singgah blog kita.

apa kata deqdeq tanya soalan ni kat nuffnang..nuffnang akan membalas pertanyaan deqdeq. :)

Miss Yaty said...

@siti: sama-sama :)

Miss Yaty said...

@ain: selamat mencuba:)

Miss Yaty said...

@mamat: sabar ye mamat. dah cuba semua tips kat atas tu ke? cuba dulu ye :)

Miss Yaty said...

@cekla: yaty pun dah lame berblogging jugakk baru merasa BE ni.
lepas cuba tips ni yaty terus dpt BE. cubalah jugak ye :)

Anonymous said...

bagus info nih.. tq ya.. =)

Mag said...

cik yaty...
dari no1 sampai no5 da buat... no6 ja pernah buat sekali... okeh la.. cuba untuk menambat hati nuffnang la.. okeh saya cuba.

Ayuni said...

sye dh wat dh tp xdpt2 be jugak, sedihnye....

Unknown said...

salam miss yaty, bagus ar n3 ni.

Alang2 tgk tips ni, saya teruja nak aplikasikannya.

BTW my dear yaty, i'm folo u k *392 =)

salam ukhuwah fillah abadan abada from miss raudhah =)

Taufiq Tiramisu said...

thanks miss yaty..yang update blogger survey tu, baru buat sekali..ingat nak buat banyak2 kali lagi la..hehehe..thanks miss yaty!! ;)