Saturday, October 9, 2010

Sentiasa di hati [Part 1]

Uitm jengka tetap di hati.


Banyaknya kenangan manis saya masa kat sana. Tak kurang jugak kenangan masam, pahit, masin dan tawar. Opss. Tawar tak ada rasanya.huhu. teringat jugak kenangan bersama kawan2 tersayang saya masa di sana. Bila seseorang mengimbas kembali kenangan lama pelbagai perasaan terpancar di wajah masing2. Begitu jugak dengan saya. Eksperesi saya sedih dan jugak gembira. Sedih kerana sudah terpisah dengan mereka tapi gembira kerana saya masih ada kenangan bersama mereka di kotak memory saya. Tapi saya cukup risau sebab memory otak saya cepat longgar. Saya takut memory bersama mereka kian terpadam. Mengimbau kenangan pada semester pertama..



Masa mula2 saya sampai di bumi jengka ni saya tak kenal siapa2 pun. Yang saya tahu kat sana  ada kakak saya yang still study dalam diploma in science. Saya asyik terfikir2 dapat ke saya survive dan bertahan hidup berjauhan dari family? Pelbagai andaian dan persoalan bermain di fikiran pada waktu tu. Takut jugak tak dapat membiasakan diri dengan life di sana dan takut susah mencari kawan.


Pada hari pendaftaran saya terjumpa kenalan saya semasa saya form 3. Saya panggil dia along. Saya dan dia pernah rapat jugak masa form3 dulu sebab kami sama2 1 dorm masa duk hostel. Bila saya ada kawan yang kenal, saya jadi lebih selesa untuk stay di jengka. Sedih gak la saya bila mengetahui saya seorang je pelajar dari Terengganu dalam diploma in accountancy dalam batch saya masa itu. Pada permulaan perkenalan agak sukar saya nak berkomunikasi dengan mereka. Almaklum la longhat ganu saya yang padahal saya rasa tak bape ‘pior’ pun tu susah untuk mereka fahami. Tambahan lagi kepantasan saya bercakap mengalahkan kelajuan kereta Ferrari ni lagi menyukarkan mereka faham apa yang saya cakap. Haha…


Tapi Alhamdulillah bersyukur jugak la saya ni sebab saya kurang perasaan malu untuk mencari kawan baru. Jadi pada masa yang singkat saya sudah ada kawan yang boleh pergi dan balik dari kelas bersama. Nama kawan saya yang ni ana. Ana seorang yang sangat penyabar. Banyak kerenah mengada saya tapi dia tahan aje dengan kerenah saya. Saya bersyukur kerana ada kawan seperti dia. 

.....


 ni gambar saya dan ana :)



Da penat taip nati lain hari saya sambung lagi ye sebab panjang kisah saya ni...bye.


P/s: Sambungan Sentiasa di hati [Part 2]

2 comments:

CIK TOM said...

hehe..betul2..rindukan uitm jengka..uitm jengka tetap dihati...wah nati sis nak buat entry time study jugak la..huhu

Miss Yaty said...

sis: bgus2...jom kita wat entry psl uitm jengka tercinta...ngeh3~~