Tuesday, November 23, 2010

Goodluck pada semua yang menduduki SPM

Assalamualaikum.
rasanya tak terlambat untuk wish goodluck pada adik saya dan semua pelajar tingkatan 5 yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dah bermula hari ini. saya doakan mereka di permudahkan menjawab semua soalan. 

adik saya sekarang dekat asrama. dia stay kat asrama je sebab senang nak pegi exam dan mudah sikit kalau dia nak buat study group dengan kawan2 dia. sebenarnya adik saya tak pernah lagi duduk asrama ni. saya harap dia dapatlah berdikari dan berfikiran matang sikit bila dah duk asrama tu. 

adik saya yang ni kuat tidur. kalau balik sekolah je teruslah melepak dalam bilik je. tup tup tengok dah tidur dah. alahai penat agaknya. yelah sekolah dia asyik buat kelas tambahan aje. setiap petang ahad sampai khamis. lepas tu hari jumaat dan sabtu pun cikgu2 dia duk nak buat kelas tambahan jugak. sampaikan saya tengok adik saya ni tak ada masa nak rehat langsung.

korang rasa patut ke cikgu2 sekolah buat kelas tambahan sampaikan pelajar2 tak ada masa nak berehat bersama keluarga?

hurm. bagi saya lah macam tak patut je. kesianlah kat mereka nih. bagilah sedikit ruang untuk mereka berehat jugak pada hari minggu. tapi tak pe lah. semua kelas tambahan tu adik saya dan kawan2 dia lalui dengan tabah. saya haraplah tercapailah target sekolah tu nak score SPM tahun ni.

bagi adik2 yang sedang SPM tu jangan lupa jaga kesihatan gak taw. kesihatan pun penting jugak taw. kalau tak sihat macam mana nak study dan jawab exam kan? 
kan ada pepatah "OTAK YANG CERDAS DARI BADAN YANG SIHAT" :)

apapun, ALL THE BEST YEA.

yang paling penting USAHA DOA DAN TAWAKKAL

:)



inilah adik saya yang ke tujuh :)

No comments: