Kenapa Miss Yaty sertai contest ini BLOG PILIHAN MALAYSIA ?
Saya sertai BLOG PILIHAN MALAYSIA ni sebab saya nak berkenalan dengan ramai bloggers dan jugak nak up kan traffic dalam blog ni. Tapi motif utama bukanlah nak up kan traffic semata-mata. Saya jugak harapkan ada bloggers yang sudi berkawan dan berkongsi pendapat di blog saya ni. Saya masih blogger baru. Masih banyak saya perlu belajar. Jadi pada blogger yang saya baru kenal Salam Perkenalan ye.
Kenapa Miss Yaty rasa Miss Yaty layak diundi ?
Saya rasa saya layak di undi kerana saya blogger yang peramah. Adeh =.=!
Tak caye ek. Saya akan peramah kalau blogger lain peramah jugak. Tapi kalau saya je yang peramah dan blogger tersebut tak de perasaan nak beramah dengan saya jadi saya tak kan menyinggah blog tersebut dah. Tapi kalau ada terlepas pandang saya minta maaf. Saya akan berusaha membalas jejak korang tapi saya perlukan masa sebab masalah broadband. Kalau sesiapa yang ada broadband yang pakej student mesti dorang paham masalah broadband yang lembab nak mati ni. Lagi pulak broadband saya ni kena kongsi dengan adik dan kakak yang jugak blogger tegar.
Ceritakan serba sedikit latar belakang blog Miss Yaty.
Blog saya ni dah berusia lebih setahun tapi saya hanya aktif pada tahun ni pada bulan May. Blog saya memang lebih pada personal tapi secara tak langsung saya berharap ia boleh menjadi pengajaran dan meminta pandangan dari blogger lain. Saya suka kalau ada yang sudi memberi pendapat. Kalau ada kritikan yang bernas saya sudi menerima dengan terbuka. Jangan mudah menilai seseorang hanya dengan melihat satu entry sahaja kan?
Sudi-sudikanlah jenguk entry saya yang lain. Korang boleh menjenguk di Bebelan Miss Yaty di sidebar ye. Silalah meninggalkan komen kalau korang sudi ye. InsyaAllah saya akan membalas di blog korang ;)
Jemput baca entry INI, Entry yang bermulanya saya menjadi blogger tegar. Tapi saya mula menjadi lebih tegar pada bulan November 2010. Tak caye tengok kat Bebelan Miss Yaty. Owh ye, harap lebih fokuskan pada entry tahun 2010 sebab entry tahun 2009 memang tah pape. Malas nak delete sebab itu sume kenangan saya. :)
Berapa No Blog Miss Yaty dalam BLOG PILIHAN MALAYSIA?
Pada yang suka blog Miss Yaty aka Sophisticated Girl silalah undi no 272 esok ye di SINI.
Esok dah mula mengundi. Undilah yang terbaik untuk korang :)
Thanks sebab sudi singgah blog Sophisticated Girl :)
6 comments:
mamat pun dh join dh...
mamat vote akak..
Good Luck dear. Shag tak lah join segmen BA ni. Takut :P
akak mamat akak..
percaya atau tidak...mamat lum pnah dpat BE...Tlong2..
@mamat: thanks dik akak :)
@shag: thanks shag..eh nape takut lak?
@mamat: jom kenal cik tom..hihi
Post a Comment