Showing posts with label BPM. Show all posts
Showing posts with label BPM. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Blog Baru Pilihan Malaysia - Undi no 272

***iNI sTICKY pOST sILA scROLL dOWN uNTUK eNTRY tERbaRU ye***




Undian Blog Baru Pilhan Malaysia sudah bermula. 


Saya gembira sangat lepas tahu saya tercalon jugak yelah saya ni bukan berblog pada tahun ni tapi cuma lebih aktif pada tahun ni. Korang leh baca entry pertama saya kat SINI. Kalau pada blogger yang belum kenal korang boleh jenguk kat sidebar Bebelan Miss Yaty. Ada berapa ciput je entry saya masa tahun 2009. 

Bermula bulan May 2010 saya mula berblogging secara lebih serius. Meh baca entry start berblogging dengan serius kat SINI. Sebenarnya saya nak berterima kasih pada seseorang sebab dialah saya mula kenal apa itu blog. Thank pada si dia yang pernah menyokong saya.

Tapi di sebabkan masuk semester baru pada Julai 2010 saya mula slowdown sikit berblogging. Bermula November 2010 saya mula berblogging kembali selepas  melihat Cik Tom mula menjadi blogger Femes. "Ada unsur dengki di situ." haha. 

So saya mulakan cara nak promote blog Sophisticated Girl dengan cara join Contest dan Giveaway. Thank pada Cik Tom sebab banyak tolong. Tak lupa Abang BA sebab banyak buat segmen best untuk kita-kita blogger baru. Dan semua blogger yang saya pernah berguru ye. Ramai sangat untuk di state tapi saya akan kenang selalu. Sekarang Blog Pilihan Malaysia pulak berbesar hati nak tolong blogger baru. Jadi saya ambil peluang ni untuk lebih mengenali bloggers baru yang lain. 

Salam Perkenalan dari Miss Yaty aka Sophisticated Girl.

Kalau korang sudi jom undi No 272 dari Kumpulan 7!

Nak tahu cara mengundi boleh klik kat SINI.

Tempoh Undian bermula dari jam 7 pagi pada 13 Disember hingga jam 7 pagi pada 17 Disember.

Jemput mengundi di link INI.

Sila undi no 272 dari Kumpulan 7 ye :) 


Thanks korang sebab sayang yaty! :)

Sunday, December 12, 2010

Kempen BLOG PILIHAN MALAYSIA bersama BEN ASHAARI




Kenapa Miss Yaty sertai contest ini BLOG PILIHAN MALAYSIA ?

Saya sertai BLOG PILIHAN MALAYSIA ni sebab saya nak berkenalan dengan ramai bloggers dan jugak nak up kan traffic dalam blog ni. Tapi motif utama bukanlah nak up kan traffic semata-mata. Saya jugak harapkan ada bloggers yang sudi berkawan dan berkongsi pendapat di blog saya ni. Saya masih blogger baru. Masih banyak saya perlu belajar. Jadi pada blogger yang saya baru kenal Salam Perkenalan ye. 


Kenapa Miss Yaty rasa Miss Yaty layak diundi ?

Saya rasa saya layak di undi kerana saya blogger yang peramah. Adeh =.=!
Tak caye ek. Saya akan peramah kalau blogger lain peramah jugak. Tapi kalau saya je yang peramah dan blogger tersebut tak de perasaan nak beramah dengan saya jadi saya tak kan menyinggah blog tersebut dah. Tapi kalau ada terlepas pandang saya minta maaf. Saya akan berusaha membalas jejak korang tapi saya perlukan masa sebab masalah broadband. Kalau sesiapa yang ada broadband yang pakej student mesti dorang paham masalah broadband yang lembab nak mati ni. Lagi pulak broadband saya ni kena kongsi dengan adik dan kakak yang jugak blogger tegar.


Ceritakan serba sedikit latar belakang blog Miss Yaty.

Blog saya ni dah berusia lebih setahun tapi saya hanya aktif pada tahun ni pada bulan May. Blog saya memang lebih pada personal tapi secara tak langsung saya berharap ia boleh menjadi pengajaran dan meminta pandangan dari blogger lain. Saya suka kalau ada yang sudi memberi pendapat. Kalau ada kritikan yang bernas saya sudi menerima dengan terbuka. Jangan mudah menilai seseorang hanya dengan melihat satu entry sahaja kan?

Sudi-sudikanlah jenguk entry saya yang lain. Korang boleh menjenguk di Bebelan Miss Yaty di sidebar ye. Silalah meninggalkan komen kalau korang sudi ye. InsyaAllah saya akan membalas di blog korang ;)

Jemput baca entry INI, Entry yang bermulanya saya menjadi blogger tegar. Tapi saya mula menjadi lebih tegar pada bulan November 2010. Tak caye tengok kat Bebelan Miss Yaty. Owh ye, harap lebih fokuskan pada entry tahun 2010 sebab entry tahun 2009 memang tah pape. Malas nak delete sebab itu sume kenangan saya. :)

Berapa No Blog Miss Yaty dalam BLOG PILIHAN MALAYSIA?

Pada yang suka blog Miss Yaty aka Sophisticated Girl silalah undi no 272 esok ye di SINI.

Esok dah mula mengundi. Undilah yang terbaik untuk korang :)


Thanks sebab sudi singgah blog Sophisticated Girl :)


Saturday, December 11, 2010

Undilah No 272 Untuk BPM!!





Okay terkejut gak sebab tersenarai jugak dalam BPM.


Syukurlah kan. 


Dah rezeki tersenarai tapi tak tahu ada rezeki tak tuk tercalon ke senarai 5 blog dari setiap kumpulan. 


Pada sesape yang terpilih yang join BPM ni TAHNIAH saya ucapkan ye dan SALAM PERKENALAN. 


Tak dapat menang tak pe tapi kita dapat sama-sama kenal dan berkawan kan?


Tapi saya masih berharap korang dapat undi No 272 untuk blog ni ye. Jasa korang akan saya kenang dan sayang sangat! :)


Blog ni memang sangat simple. Kaler pun pink je dah biasa tengok kat blog orang lain kan? hihi.


InsyaAllah kalau saya ada masa memang plan nak ubah kaler untuk blog ni. Tapi masih guna template dari RB ni sebab saya suka sangat template ni. Simple dan mudah paham code dia. Aceceh. Macam budak CS plak. hihi.


Korang jangan lupa undi saya ye. Saya akan membalas jejak korang dan komen entry korang bila saya berkesempatan. 


Masa free saya untuk update entry je. Sowey sangat ye kalau ada yang tak suka blog saya. Masalah saya, SAYA SUKA SENYUM KALAU KORANG TAK SUKA TAKPE :)


Kalau nak kenal Blog Pilihan Malaysia sila klik SINI


Ni senarai nama yang bertuah dalam kumpulan ke TUJUH! :)








254. Timmyummy
255. The Nurul
264. talkIsaid



InsyaAllah saya akan jejak semua bloggers dalam kumpulan tujuh ni :)



Tuesday, December 7, 2010

Blog Pilihan Malaysia 2010



Saya nak join jugak Blog Pilihan Malaysia ni walaupun sebenarnya 1st entry saya tahun 2009. Masa tu tak kenal sangat dunia blog. Just saje-saje nak bermonolog dalam blog. Kalau korang nak tak caya tengoklah entry pertama saya bertajuk it HARD to say goodbye... [LINK] pada 5 May 2009.


First entry saya yang tu memang bukan pembukaan pun kan. hihi.


Saya terus jatuh cinta pertama pada blog ni pada awal tahun ni so kira baru la tu kan?


Entry bertajuk bloggers make me fun!!! [LINK] pada 15 May 2010.


So SALAM PERKENALAN PADA SEMUA BLOGGERS :)


Jom join BLOG PILIHAN MALAYSIA (BPM). [LINK
Leh kenal bloggers lain. Best!! 


Tarikh tutup dah di anjakkan pada esok iaitu 8 December 2010 jam 3 petang.