Thursday, December 16, 2010

Tips Penjimatan Minyak Petrol dan Diesel


Pada blogger atau sesape je yang guna kenderaan mesti nak tahu tips jimatkan minyak petrol dan dieselkan. Almaklumlah sekarang pulak musim “Harga Petrol Naik”. Jadi nak tak nak kita memang kena berjimat cermat kan. Lainlah kalau korang seorang jutawan ataupun anak jutawan jadi tak kesah sangat minyak naik ke tak. Okay memandai saya je agak tu. Abaikan.


Tips menjimatkan minyak :

  1. Cuba bawa kenderaan dengan kelajuan yang konsisten dan juga kurangkan penukaran 
      gear dengan kerap.
  2. Kurangkan penggunaan kenderaan kalau perjalanan jarak dekat.
  3. Tutup tingkap kereta ketika memandu ini dapat menjimatkan minyak sehingga 10%.
  4. Sentiasa memeriksa tayar untuk memastikan tekanan tayar pada ukuran yang betul. 
      Tak terlalu banyak dan tak terlalu sikit.
  5. Sentiasa membuat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.
  6. Kawal kelajuan kenderaan agar tidak melebihi 90km.
  7. Elakkan membrek secara mengejut. Brek berlebihan boleh menyebabkan tenaga bahan 
      api banyak hilang.
  8. Pastikan kereta akan di selenggara dengan baik. Sentiasa servis kereta mengikut jadual.
  9. Sentiasa merancang perjalanan sebelum berjalan jauh untuk mengelakkan kesesakan 
      lalu lintas.
10. Matikan enjin ketika sedang menunggu.


No comments: