Saturday, January 15, 2011

5 Perkara Perlu tahu Untuk Berdiet | Diet Seimbang [Updated]

Entry sebelum ni Miss Yaty Mohon Maaf Pada Semua sebab jarang blogwalking kan. Hari ni Miss Yaty agak busy di pejabat. Banyak kerja perlu di selesaikan tapi alhamdulillah Miss Yaty sekarang dah makin cekap buat kerja. Entry kali ni Miss Yaty nak kongsi 5 perkara yang korang perlu tahu sebelum berdiet. 


Perkara-perkara ni adalah kesalahan besar apabila korang berdiet sebab perkara nilah penyebab kita tak berjaya menurunkan berat badan walaupun dah berdiet.

1.     Perlu Bersarapan.

Sarapan adalah penting untuk kesihatan kita. Apabila kita bersarapan secara tak langsung kita mengumpul tenaga untuk melakukan kerja dari waktu pagi sehingga tengah hari. Korang pernah tahu tak jika seorang perempuan tidak mengamalkan sarapan berkemungkinan apabila perempuan itu berkahwin kelak akan mengakibatkan sukar untuk mendapat cahaya mata. Jadi pada semua gadis dan wanita silalah mengamalkan sarapan setiap hari ye.

2.     Terlalu Menurut Kata Hati.

Apabila korang pergi ke sesuatu majlis korang jangan terlalu mengikut kata hati. Walaupun hidangan yang di sediakan rendah lemak korang tak boleh memakannya secara berlebihan kerana makanan itu belum tentu rendah kalorinya. Jika lemak dalam badan kita berlebihan ia boleh menyebabkan badan kita mudah di serang sakit jantung dan darah tinggi kerana pengumpulan lemak di salur darah kita. Jadi kita kena berwaspada ye. Korang tahu tak sebenarnya susu Low Fat sebenarnya banyak gula yang boleh menyebabkan bertambahnya kalori dalam badan kita. Miss Yaty pun baru tahu pasal ni selama ni Miss Yaty memang suka beli susu Low Fat.

3.     Makan Atas Dasar Sosial.

Apabila ada sesuatu majlis korang jangan mengikut selera kawan-kawan korang yang takde masalah dalam pemakanan. Korang jangan takut orang menganggap korang berdiet berlebihan korang anggaplah diet korang itu untuk menjaga kesihatan korang jugak. Biarlah tak dapat makan ikut selera mereka asalkan kesihatan kita sentiasa sihat hingga masa akan datang.

4.     Menjauhi Makanan Kegemaran Yang Berkolestrol Tinggi.

Dahulu makanan kegemaran seperti pedal, hati dan organ dalaman ayam menjadi kegemaran korang tapi lepas ni korang jadikan makanan tu sebagai musuh korang. Cuba elakkan dari mendekati makanan kegemaran korang tu. Cuba melakukan aktiviti yang sihat seperti bersenam untuk mengelakkan  korang teringat makanan kegemaran korang tu selain bersenam dapat membakar lemak berlebihan di dalam badan kita.

5.     Elakkan Sentiasa Menimbang Berat.

Setiap masa korang asyik menimbang berat. Janganlah korang berharap baru semalam korang berdiet hari ini terus turun 3 kilo. Memang susah untuk mencapai berat yang ideal tapi yang penting korang kena sentiasa konsisten dan tak pernah berputus asa. Ingatlah badan yang sihat bermula dari cara pemakanan yang sihat dan betul. Korang boleh tengok Tips Permakanan Sihat .


Updated : Miss Yaty dapat komen dari dhiera yang mengatakan Miss Yaty dah salah bagi tips. Miss Yaty minta maaf ye sebab mungkin Miss Yaty salah faham dengan info yang Miss Yaty faham selama ni. Dhiera bekerja sebagai nutritionist jadi dia lagi arif mengenai kalori, lemak dan kolestrol dalam badan. Dhiera ada share sikit pengetahuan sebenar mengenai apa perlu tahu sebelum berdiet. Ni antara komen dia yang Miss Yaty taip balik.

"Untuk makluman, sumber kolesterol adalah dari animal sources. Cube google chart makanan berkolestrol tinggi. Rank yg teratas adalah otak, organ dalaman haiwan dan lain-lain. Bagi aiskrim, kita selalu tekankan kandungan gula dalam aiskrim itu sendri. Sebab gula yang berlebihan boleh mendatangkan pelbagai masalah lagi-lagi jika seseorang itu tak bersenam. Semua makanan tak kira makanan tinggi gula, protein atau lemk jika tak di bakar dengan melakukan aktiviti atau bersenam akan bertukar menjadi lemak.  "
"Sebelum berdiet, kena pastikan body mass index kamu dalam kategori yg mana. Kalau normal, sila cek percentage body fat pula. Sebab walaupun BMI kamu normal, ia tidak menjamin kamu mempunyai percentage body fat yang normal. Lemak juga penting dalam pemakanan sebab lemak memainkan peranan dalam metabolism badan kita. Maka, kuantiti makanan yang di ambil haruslah bersederhana. Makan buah dan sayur adalah penting. Makanan yg tinggi serat ini akan menyebabkan badan terasa kenyang lebih lama. Elok jika untuk berdiet. Perlu faham mengenai konsep energy balance juga. "

P/s: Miss Yaty berterima kasih pada dhiera sebab sudi memberi teguran dan pendapat pada entry Miss Yaty.

P/s: Banyak lagi Miss Yaty kena belajar mengenai nutrisi permakanan ni.

18 comments:

Solihin Zubir said...

sy kurus..
so, x perlu berdiet.. ehehhe...

Puan Besar Shag Yahaya said...

Yaty~ Yeah. Kasi tips pasal diet lah pulak ye. Boleh guna ni waktu nak diet nanti :P Dulu Shag guna tips kat atas kot nak diet. Dalam masa 1 bulan diet dah turun saiz baju. Kawan kolej pun tegur Shag dah kurus. 5 bulan tahan diet. Balik rumah hancus sebab Mama selalu masak lauk feberet Shag =.='

Entri terbaru Shag : Fibroid Kandungan. Bahaya atau tidak?

JuanYuan said...

tang nak timbang berat tu yg paling malas..haha

ijatnuar87 said...

wah...nasihat dari yang pakar nih,hehehehe....

Zeanne said...

thnx fer yer great info ;)

tp anne tak diet...hahaha

Dzu Aamal said...

berat kat mesin penimbang tu berat miss yaty ke ? huhu .. gurau jerk .. nmpk nye sy kne amalkan semua niey . mula berdiet .. ! aigoo ~~ haha

Hairun Azmi said...

Tips yang berguna..thanks Miss Yaty..

Indonesia haramkan BlackBerry sekiranya tidak menyekat akses web lucah

Muhammad said...

haha..mamat tak biasa nak sarapan pagi..he3

Unknown said...

5 hengget tu tetap berharga..ehhe

dhiera said...

Salam dari saya..

saya nak betulkan beberapa kenyataan yg ms yaty wt dlm entri ni. 1st, nk bgtaw sy belajar dlm bidg nutrition n bekerja jugk sebgi nutritionist. so, rase ye statement yg xberapa tept ni kita boleh share kn?

pd point ke2: terlalu m'gikut kte hati. ayt 'Jika kalori dalam badan kita berlebihan ia boleh menyebabkan badan kita mudah di serang sakit jantung dan darah tinggi' xbpe tepat. sebenarnya, bukn kalori tp lemak. lemk yg b'lbhn akn m'beri risiko utk skt jtg n drh tgi sebb pengumpuln lemk blh b'laku pd salur drh.

pd point 4: jauhi mknn b'kolesterol tgi.
penggunaan aiskrem sbgi cth adalh tdk tept. utk maklumn, sumber kolesterol adalh dr animl sources. cbe google chart mknn b'kolestrl tgi. rank yg t'ats adlh otak, orgn dlmn haiwn dll.
bg aiskrim, kte selalu tekn kn kandungan gula dlm aiskrim itu sendri. sebb gula yg b'lbhn blh m'dtg kn pelbagai mslh lg2 jika seseorg itu tdk bersenam.

semua mknn xkire mknn tgi gula,protein atau lemk jika tidk dibkr dgn melakukn aktiviti atau bersenam akn b'tukr menjadi lemk.

Sebelum berdiet,kena pastikan body mass index kamu dalam kategori yg mna. Kalau normal, sila cek percentage body fat pula. Sebab walaupun BMI kamu normal, ia tidak menjamin kamu mempunyai percentage body fat yang normal.

Lemak juga penting dalam pemakanan sebab lemak memainkan peranan dalam metabolism bdn kita. Maka,kuantiti mknn yg diambil haruslah bersederhana.

Makan buah dan sayur adalah penting. Mkanan yg tinggi serat ini akan menyebabkan badan terasa kenyang lebih lama. Elok jika untuk berdiet.

Perlu faham mengenai konsep energy balance juga.

dhiera said...

sharing is caring kan?

sama2 lah kta menjaga kesihatan~

Miss Yaty said...

@solihin: haha...tips ni bukan untuk orang kurus jadi takpelah;p

Miss Yaty said...

@shag: hihi..yaty faham situasi shag sebab yaty pun macam tu jugak..hihi...takde masakan lain yang paling best kecuali masakan mak kita sendiri...hihi

Miss Yaty said...

@juan: hihi...jangan tak timbang langsung pulak..jarang2 timbang takpe....hihi

Miss Yaty said...

@cik ladies: shhhhh...jangan bagitahu orang lain tu berat miss yaty ye..hihi ;p

Miss Yaty said...

@dhiera: thanks sebab sudi menegur dan memberi pendapat:)

p/s: sudi-sudikanlah tengok tips miss yaty yang lain..sebab takut ada salah fakta jugak..hihi ;)

Miss Yaty said...

@mamat: akak pun macam tu gak sebenarnya.hihi...tapi dalam kul 10 tu bolehlah cuba makan jugak ye ;)

RakanFit said...

tips - tips yang bagus :) Memang boleh cuba kalau nak kurus dengan sihat.

kalau ada rase nak cuba turun dengan mudah boleh la tengok-tengok di sini
https://www.sihatdengannutrisi.com