Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Biodata Najwa Latif dan Video Klip Najwa Latif

Assalamualaikum dan salam sayang. Korang kenal tak Najwa Latif? Sape Najwa Latif ni?  Kalau ada yang belum kenal Najwa Latif ni sebenarnya seorang penyanyi gitaris macam Yuna dan Ana Raffali.

Dia ni masih belajar dan berumur 16 tahun. Suara dia memang best dan dia pandai main gitar. Miss Yaty sangat terpegun bila kali pertama dengar suara Adik Najwa ni. Korang boleh terjah je youtube kalau nak dengar suara adik Najwa ni.

Miss Yaty nak share sikit biodata Najwa Latif yang Miss Yaty dapat dari incik Google.


Biodata Profil Najwa Latif

 Klik Untuk Menderma 
 Mari Beramal Bersama Colgate 
 Khas untuk yang Kidal
 Samsung Galaxy S3s Secara Percuma



Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif.
Tarikh Lahir: 23rd May 1995.
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor.
Status: Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial:
Blog ( www.najwalatifs.blogspot.com )
Facebook Fanpages ( najwalatif )
Twitter ( @njwalatif )
YouTube ( www.youtube.com/najwa595 )


Next, jom layan suara Najwa Latif pulak. :)



Credit : Link

Friday, April 22, 2011

Sinopsis Sinetron Nikita | Gambar Pelakon Nikita | TV9

Assalamualaikum semua. Korang suka tengok cite Indonesia tak? Kalau suke mesti korang tak lepaskan peluang untuk tengok sinetron terbaru yang di siarkan di TV9 bertajuk Nikita. Sinetron ni memang best dan menarik jugak sebab lakonan pelakon utama bernama Nikita Purnama Willy aka Nikita Willy ni memang sudah di kenali ramai. Antara sinetron yang pernah Nikita berlakon adalah 'Sofa dan Marwah' dan 'Putri yang ditukar'.

 Jom Pergi Bengkel Hijab Sunsilk

Sinetron terbaru yang disiarkan di TV9 ni mula di tayangkan pada 7hb April 2010. Keseluruhan episod Nikita ni ialah 126 episod. Silalah tengok dengan sabar cite ni ye. Hihi.


Antara pelakon utama dalam sinetron ni ialah Nikita Willy, Dude Harlino, Jonas Rivanno, Dirly Idol, Cathy Sharon dan Asmirandah.

Pelakon utama yang macho gitu! :)

Dude Harlino aka Donny

 Nikita Purnama Willy or well known as Nikita Willy




SINETRON NIKITA (TV9)

Hari Tayangan: setiap isnin hingga jumaat

Masa Tayangan: 5.30 petang

Mula Tayangan: 7hb April 2010

Episode: 126 Episode.

Pelakon: Dude Harlino, Nikita Willy, Jonas Rivanno Wattimena, Dirly Idol, Cathy Sharon dan Asmirandah

Dilanjutkan : Nikita 2

Sumber: indonesia wiki




Nikita (Nikita Willy) ialah seorang gadis yatim piatu yang baik hati dan pantang menyerah pada takdir. Malang telah menimpa pada Nikita apabila dia di timpa kemalangan yang mengakibatkan matanya menjadi buta. Nikita sering berulang alik ke hospital untuk mencari penderma mata untuk mengubati matanya itu.

Setelah 7 tahun berlalu, Niki masih belum menjumpai penderma mata. Niki mempunyai seorang shabat baik bernama Lani ( Jessica Mila) yang sentiasa berada di sisinya. Setelah menunggu sekian lama akhirnya Niki menjumpa seseorang yang sudi menderma mata pada Niki iaitu Doktor Prytha ( Cathy Sharon). Doktor Prytha telah mendermakan matanya pada Niki setelah mengalami kemalangan bersama Arven ( Dirly Idol) yang mengakibatkan Doktor Prytha meninggal.

Setelah Niki mendapat mata pemberian Doktor Prytha, keluarga Doktor Prytha tidak dapat memaafkan Niki kerana mereka menyalahkan Niki di atas kematian Doktor Prytha. Keluarga Doktor Prytha merasakan punca Doktor Prytha meninggal adalah kesalahan Niki. 

Kisah silam keluarga Doktor Prytha yang masih di sembunyikan adalah beberapa tahun lalu adik Doktor Prytha pernah mati selepas hilang di bawa arus sungai. keluarga Doktor Prytha terpaksa menerima kenyataan bahawa mereka kehilangan seorang lagi anak perempuan dalam keluarga mereka. Sekarang mereka hanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Vano ( Jonas Rivanno). Ibu Doktor Prytha, Diana ( Lydia Kandou) sering mengigau memanggil nama Prytha manakala ayah Prytha, Pak Tegar (Anwar Fuady) hanya mampu memandang isterinya dengan sedih dan pilu. 

Donny (Dude Harlino) baru saja kembali dari Amerika. Tujuan Donny kembali ke Jakarta adalah kerana ingin menyatakan cintanya pada Prytha. Keluarga Donny yang merupakan pengusaha yang kaya-raya ingin menjodohkan Donny dengan Belinda (Raya Kohandi), yang merupakan anak seorang walikota. Tapi Donny menolaknya tanpa mengetahui bahawa Prytha sudah meninggal.

Niki yang sudah boleh melihat telah berusaha keras untuk mencari siapakah penderma mata padanya. Setelah mengetahui mata itu adalah pemberian Doktor Prytha, Niki telah pergi ke rumah Doktor Prytha untuk mengucapkan terima kasih. Ketika itu 40 hari pemergian Doktor Prytha. Tetapi sampainya Niki du rumah Doktor Prytha, Arven telah mengatakan pada semua orang yang hadir bahawa Niki adalah punca kematian Doktor Prytha. Niki telah di maki oleh seluruh keluarga Prytha tanpa mereka ketahui bahawa Niki adalah anak mereka yang hilang di hanyut sungai suatu ketika dulu. Niki amat terkejut dan tidak menyanka bahawa dirinya penyebab kematian Doktor Prytha.

Suatu hari Niki telah menggantikan Belinda untuk menemui seseorang sebagai menebus kesalahan. Niki begitu terkejut setelah mengetahui lelaki tersebut adalah Donny. Donny tidak terkejut kerana dia tidak menyangka gadis yang sering dia temui itu merupakan anak walikota. Niki dan Donny menjadi semakin rapat. Tetapi Niki rasa bersalah kerana menipu Donny. Belum sempat Niki menceritakan hal sebenar, Belinda terlebih dahulu menceritakan hal sebenar dan menabur fitnah pada Niki. Donny merasa sangat marah dan meninggalkan Niki dengan perasaan yang amat kecewa.

Niki sering bertemu Vano. Pada awalnya Vano begitu membenci Niki kerana merasakan Niki merupakan punca kematian kakaknya, Prytha. Namun lama kelamaan kebencian itu berubah menjadi cinta. Vano mula berusaha untuk menambat hati Niki tanpa mengetahui Niki adalah adik kandungnya. Setelah mengetahui Niki adalah adik kandungnya, Vano mula pasrah dan marah apabila sering melihat Niki berjalan bersama Donny. Namun kemarahannya mula hilang apabila Vano berjumpa Doktor April (Asmirandah).




Masalah baru mula timbul apabila Diana, ibu kandung Niki terkena penyakit Alzheimer dan mula lupa bahawa Niki adalah anak kandungnya. Diana mula membenci dan memarahi Niki di atas kematian Prytha. Masalah lain mula menimpa ketika Arven dan Lani ingin menikah dalam 3 hari lagi. Lani telah maeninggal di sebabkan kemalangan ketika ingin berjumpa Niki. Arven kembali marah dan menuduh Niki adalah punca kematian Lani dan telah membunuh kedua orang kesayangannya (Prytha dan Lani). 



Apa yang berlaku seterusnya?? Korang layanlah pulak cite ni di TV9 ye. Tak bestlah bila dah tahu semua jalan cite nye kan. Hihi. 

Jonas Rivanno aka Vano :)

Miss Yaty suka tengok Sinetron ni sebab Vano sangat hensem! :)

Thursday, April 21, 2011

Biodata Mizz Nina dan Perancangan Kahwin Mizz Nina Bersama Noh Hujan


Assalamualaikum semua. Nak share sikit kat korang biodata Mizz Nina. Tunang Noh Hujan yang macho tu. Mesti ramai dah tahu kan Mizz Nina dan Noh dah pun bertunang. Percintaan Noh dan Mizz Nina tak lama pun sebab rupanya mereka bercinta lepas mereka buat lagu duet lagu KURNIA sama. How sweet kan.

Moh le kita baca sikit biodata Mizz Nina ni. 

NAMA SEBENAR: Shazrina Azman

NAMA KOMERSIAL: Mizz Nina
TARIKH LAHIR: 1 Julai 1980
USIA: 30 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Model, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan usahawan
PENDIDIKAN: Ijazah Pengajian Media dan Perhubungan Awam di sebuah universiti di Australia
STATUS: Bertunang dengan Noh Hujan laa.
ALBUM SOLO: What You Waiting For (2010)
ALBUM BERKUMPULAN: (Bersama Teh Tarik Crew) EP Are We Rap Stars now (1999), Album pertama, How’s The Level? (2002) dan What’s Next (2004)


Miss Yaty tak sabar nak tunggu wedding dorang ni. Bayangkanlah Mizz Nina dan Noh akan diraikan dalam tiga majlis. Bukan satu ye tapi tiga. 



Pada 3 Julai di Hotel Shangri-La yang di buat khas untuk kenalan VVIP, pada 6 Julai di Hotel Double Tree, untuk meraikan kawan rapat dan media dan yang ketiga pada 15 Julai di Miri, Sarawak untuk keluarga Noh.





Mereka akan dinikahkan pada 1 Julai tahun ini, Mizz Nina dan Noh akan diraikan dalam tiga majlis resepsi iaitu pada pada 3 Julai di Hotel Shangri-la, yang dibuat khas untuk kenalan VVIP, pada 6 Julai di Hotel Double Tree, untuk meraikan kawan rapat dan para media dan pada 15 Julai di Miri, Sarawak untuk keluarga Noh di sana.
“Untuk resepsi pertama, saya pilih tema tradisonal berwarna ungu, manakala resepsi kedua kami akan mengambil konsep Jepun supaya ia nampak lebih santai. Saya dan Noh sukakan barangan Jepun, jadi kami gunakan alasan itu untuk dijadikan tema untuk resepsi kami bersama rakan-rakan dan media. Resepsi di Miri diuruskan oleh Noh dan kakaknya, jadi saya masih tidak tahu apa yang dirancang oleh mereka." -Mizz Nina


Sunday, January 23, 2011

Qi Blogger Boy Dan Yuna Gadis Semasa Sedang Bercinta?

Drama Blogger Boy yang sedang di tayangkan di TV3 sekarang ni dah lama dah di tayangkan di 8TV. Rasanya dah ramai tahu dan tengok drama ni. Bagi Miss Yaty cerita Blogger Boy ni memang best dan unik.

gambar pelakon drama blogger boy qi qushairi nas t dan julie woon
Drama Blogger Boy Best!

Miss Yaty dan Cik Tom sanggup download drama ni di 8TV sebab nak tengok drama ni punya pasallah. Kitorang tak tidur malam sebab nak habis kan drama Blogger Boy ni.

Bukan setakat 1st Season je Miss Yaty download siap 2nd Season lagi taw. Bagi Miss Yaty Qi Blogger Boy ni memang mamat sempoi. Owh ye salah satu sebab Miss Yaty minat drama ni bukan sebab jalan cerita best je tapi di sebabkan Nas-T pun ada berlakon walaupun beliau cuma memegang watak sampingan Miss Yaty layan je sebab kalau Nas-T berlakon memang best. 

Miss Yaty kenal Nas-T sebab dia berlakon dalam drama best dulu tu K.A.M.I. Kisah remaja yang banyak hadapi masalah hidup dan terlampau mencari hiburan. Siyez cerita ni pun Miss Yaty suka. Memang cerita ni tak bagus dan tak di galakkan untuk tengok jugak sebab kisah sosial terlampau bagi Miss Yaty. Tapi itulah realiti dunia sekarang. 

Drama macam tulah yang remaja sekarang makin suka tengok contoh terdekat Miss Yaty sendiri. Yang bahagian bersosial tu Miss Yaty tak sokong ye Miss Yaty suka cerita K.A.M.I ni sebab cerita remaja yang tak lari dari masalah dan dugaan hidup dan remaja memang terlampau suka mengikut kata hati.

Miss Yaty tak nak cerita pasal drama K.A.M.I. sebenarnya. Okay berbalik cerita pasal Blogger Boy memang Miss Yaty suka sangatlah tengok drama ni ye. Watak Qi yang jadi cikgu memang slumber sebab tulah sampai kan ada student boleh terjatuh cinta pada  Qi. 

Nasib baiklah Qi bukan cikgu tuisyen Miss Yaty kalau tak Miss Yaty pun boleh jatuh cinta. Haha. Tipu je. Dia bukan taste Miss Yaty. Miss Yaty tak suka lelaki rambut panjang. HAHA.

gambar qi qushairi comel
Eh macam comel plak bila Qi pakai cap

Tapi Miss Yaty suka sangat bila dapat tahu Yuna dan Qi sekarang dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Maksudnya mereka sedang ada apa-apa lah kan?

Bagi Miss Yaty dorang memang macam serasi je. Tak tahulah kenapa Miss Yaty rasa macam tu. Tapi Miss Yaty akan doakan mereka memang ada jodoh dan kekal ke jinjang pelamin. Amiin.


gambar yuna dan qi blogger boy di arena star
Haa borak pe tu Miss Yaty nak tahu jugak. Hihi

Monday, January 17, 2011

Tomok Jejaka Hensem Bakal Berkahwin

Baru je semalam Miss Yaty dapat berita gembira dari Sahabat Baik Miss Yaty Yang Di Sayangi Selamanya. Hari ni Miss Yaty dapat berita sedih. Tomok Bagaikan Bidadari Pada Miss Yaty bakal mendirikan rumah tangga awal bulan Julai tahun ini.

Berita ni amat menyedihkan Miss Yaty sebab Miss Yaty minat sangat kat Tomok. Tapi takpelah Miss Yaty doakan yang terbaik untuk Tomok dan bakal isteri beliau nanti. Semoga jodoh mereka berkekalan selamanya.



Miss Yaty memang suka sangat pada Tomok selepas beliau kembali ke dunia nyanyian secara solo dengan menyertai One in A Million (OIAM). Masa Shah Indrawan Ismail ataupun Tomok bergerak secara kumpulan dulu Miss Yaty kurang minat pada beliau.

Sebab muka dia jambu sangat masa tu. Kalau tak silap Miss Yaty, kumpulan New Boyz meletup masa Miss Yaty tingkatan 3. Dah lama sangat dah tu. Walaupun rasanya kenangan zaman sekolah masih terimbau.

Tomok khabarnya bakal berkahwin dengan seorang pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan tempatan. Mesti cunlah ni. Dah keje pramugari mestilah cun kan? Agak-agak macam Scha Al-Yahya dalam Awan Dania tak ye?

Miss Yaty pun tak tahu. Tak jumpa lagi gambar Tomok dan bakal isteri dia tu dalam internet. Memang Tomok berjaga-jaga dari sebarang kontroversi yang boleh merosakkan nama beliau. Salah satu sebab Miss Yaty lagi suka kat Tomok ni. Beliau sekarang makin matang dalam dunia nyanyian.



gambar Tomok zaman muda dan jambu
Tomok Zaman Budak-Budak

gambar Tomok yang hensem
Owh Tomok! Tergugat Miss Yaty bila Tomok menjeling (:


gambar Tomok yang macho menyanyi
Tomok yang Macho. Suka suka suka!

gambar tomok yang tersayang
Tomok Juara One In A Million



P/s : Sedih jugak Tomok tak menang pape masa Anugerah Juara Lagu ke 25 hari tu. Tapi takpe Tomok tetap juara di hati Miss Yaty.

P/s : Errr. Mr Gugu, awak jangan marah taw. Awak tetap yang pertama :)

Monday, January 10, 2011

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25 | Pemenang AJL 25 | Pemenang Kategori Lagu AJL 25

pemenang anugerah juara lagu ke 25


Anugerah Juara Lagu ke 25 kali ni memang meletup. Semua finalis Anugerah Juara Lagu 25 kali ni memang memberi saingan sengit kerana semua lagu best dan vokal mantap. Miss Yaty nak share keputusan pemenang juara lagu, persembahan terbaik dan vokal terbaik pada AJL 25 malam ini. Pujian kepada pengacara Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail kerana sekali lagi menunjukkan keserasian dengan kolobrasi mereka bertiga yang berjaya menceriakan suasana Stadium Putra Bukit Jalil. Senarai

Pemenang juara lagu dalam AJL 25 ialah Ana Raffali dengan lagu nyanyian Tolong Ingatkan Aku. Tahniah Miss Yaty ucapkan kepada Ana Raffali kerana berjaya menjulang Trofi Anugerah Juara Lagu ke 25. Hadiah bagi Juara AJL ialah RM35,000 berserta trofi.

Naib juara AJL 25 mendapat hadiah RM15,000 beserta trofi kemenangan dimenangi oleh Meet Uncle Hussein feat Black Drama King. Komposer bagi lagu ini ialah Taja manakala lirik oleh Tun Teja.

Pemenang ke 3 ialah lagu Noktah Cinta nyanyian Hafiz. Komposer Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam. Hafiz memang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Pemenang bagi kategori persembahan terbaik ialah Faizal Tahir semasa menyanyikan lagu Hanyut. Persembahan lagu Hanyut dari Faizal Tahir memang terbaik. membawa pulang hadiah RM10,000 beserta trofi.

Pemenang bagi kategori vokal terbaik ialah Hafiz melalui lagu Noktah Cinta. Hadiah bagi katogeri ini yang dimenangi oleh Hafiz ialah RM10,000 berserta trofi.

Kebanyakan lagu yang tersenarai memang lagu kegemaran Miss Yaty seperti Shahir | Peminat misteriku mungkinkah justin bieber atau mungkin shahir af8 , Faizal Tahir | Aku Punya Kamu MR GUGU! , Hafiz | Noktah Cinta Hafiz , Tomok | Tomok Bagaikan Bidadari Padaku dan Noh Hujan | Percintaan Penyanyi Noh Hujan Yang Macho dan Mizz Nina Yang Cunz". Tahniah kepada semua pemenang. Anda semua telah memberikan yang terbaik :)

Saturday, January 8, 2011

Finalis Yang Bakal Bikin Gegar Hot Fm dan TV3 Sempena Anugerah Juara Lagu Ke-25

gambar anugerah juara lagu ke 25

Sekarang sedang hangat di perkatakan tentang Anugerah Juara Lagu  ke 25. Miss Yaty pun berdebar-debar nak tunggu 9 Januari 2011 ni. Eh esok dah kan. Setiap kali dengar radio Hot Fm memang akan sentiasa dengar iklan promote malam Anugerah Juara Lagu ke 25 tu. Miss Yaty rasa makin teruja nak tengok Anugerah Juara Lagu esok. Rasa macam tahun ni mesti penyanyi yang layak ke Anugerah Juara Lagu kali ni akan memberi persembahan yang meletop punya.

Kesemua finalis yang akan mempertandingkan lagu mereka pada esok hari memang best-best semuanya sampaikan Miss Yaty sendiri rambang mata nak pilih yang mana layak menjadi Juara Lagu ke 25 pada tahun 2011 ni. 

Kebanyakan lagu yang tersenarai adalah lagu kegemaran Miss Yaty antaranya Shahir | Peminat misteriku mungkinkah justin bieber atau mungkin shahir af8 , Faizal Tahir | Aku Punya Kamu MR GUGU! , Hafiz | Noktah Cinta Hafiz , Tomok | Tomok Bagaikan Bidadari Padaku dan Noh Hujan | Percintaan Penyanyi Noh Hujan Yang Macho dan Mizz Nina Yang Cunz".

Antara finalis yang tersenarai pada Anugerah Juara Lagu Ke-25 pada malam esok ialah :


1. Tajuk lagu : Hanyut
Penyanyi : Faizal Tahir 
Komposer : Audi Mok / Faizal Tahir

gambar anugerah juara lagu faizal tahir


2. Tajuk lagu : Kebahagian Dalam Perpisahan
Penyanyi : Shahir
Komposer : Edry Abd. Halim

gambar anugerah juara lagu shahir bikin panas


3. Tajuk Lagu : Noktah Cinta
Penyanyi: Hafiz
Komposer : Ajai / Shah Qalam

gambar anugerah juara lagu hafiz comel hensem rambut kerinting


4. Tajuk Lagu : Drama King
Penyanyi : Meet Uncle Hussain & Black
Komposer : Taja / Tun Teja

gambar anugerah juara lagu meet uncle hussain gempak


5. Tajuk Lagu : Ku Ada Kamu 
Penyanyi : Adira
Komposer : Edry Abd. Halim

gambar anugerah juara lagu faizal tahir


6. Tajuk Lagu : Cinta Sempurna
Penyanyi : Yuna
Komposer : Yuna

gambar anugerah juara lagu yuna trendy


7. Tajuk Lagu : Pelita
Penyanyi : A.P.I
Komposer : Loque

gambar anugerah juara lagu pelita kumpulan A.P.I


8. Tajuk Lagu : Berlari
Penyanyi : Tomok
Komposer : Tomok / Shazee Ishak

gambar anugerah juara lagu tomok hensem


9. Tajuk Lagu : Sofea Jane
Penyanyi : Black
Komposer : Sham Kamikaze & Iswandy / Farril

gambar anugerah juara lagu black macho smart


10. Tajuk Lagu : Mencari Konklusi
Penyanyi : Hujan
Komposer : Noh Hujan

gambar anugerah juara lagu noh hujan hensem gila


11. Tajuk Lagu : Selamat Malam
Penyanyi : Faizal Tahir
Komposer : Audi Mok / Faizal Tahir

gambar anugerah juara lagu faizal tahir


12. Tajuk Lagu : Extravaganza
Penyanyi : Bunkface
Komposer : Sam Bunkface

gambar anugerah juara lagu bunkface cute hensem


13. Tajuk Lagu : Jahat
Penyanyi : Stacy 
Komposer : Edry Abd. Halim 

gambar anugerah juara lagu stacy rockstar


14. Tajuk Lagu : Tolong Ingatkan Aku
Penyanyi : Ana Raffali
Komposer : Ana Raffali

gambar anugerah juara lagu ana raffali baju kurung pegang gitar



P/s: Berdebar-debar nak tahu siapa Juara Lagu malam esok. 

Thursday, January 6, 2011

Abby Abadi Bengang Dengan Perampas Suaminya





Kalau Miss Yaty berada di tempat Abby Abadi Miss Yaty pun akan benci si perampas kebahagiaan Miss Yaty. Macam dah takde lelaki bujang dalam dunia ni sampai suami orang pun nak kebas. Yang peliknya si M ni memang tak tahu malu. Sebab masih boleh tersenyum semasa persidangan mahkamah mengenai tangkap khalwat si M dengan Norman Hakim dulu. Mungkin sebab dia pelakon jadi di dunia tanpa wayang pun dia masih boleh berlakon.

Yang tak tahan si M boleh buat statement ‘Saya bukan Perampas’ . Ish nasib baik blog Miss Yaty bukan blog mencarut dan bukan blog sumpah seranah. Jadi Miss Yaty cool je. Si M dah bertunang dengan Norman Hakim baguslah tapi kenapa nak bertunang lama-lama kalau korang memang dah sepatutnya kahwin selepas persidangan mahkamah dulu.

Terbaru yang Miss Yaty tahu mengenai status Fan Page Abby abadi di Facebook. Abby Abadi hentam si M mengenai apa motif si M boleh angkat handphone Norman Hakim pada waktu pagi. Bagusnya si M sebab sanggup bangun pagi-pagi jadi suri rumah tangga di rumah tunang dia.

Si M dan Norman Hakim duduk serumah sebumbung? Baru bertunang dah boleh duduk satu rumah berdua? Miss Yaty hanya tahu sedikt info pasal ni jadi Miss Yaty tak nak olah lebih-lebih pasal duduk serumah tu. Tapi di harapkan mereka berdua tidak mengulangi kesalahan mereka dahulu. Takkan nak pisang berbuah dua kali?

Si M tu tak fikir ke dulu dia jadi perampas nanti kalau dia kahwin dengan bekas suami orang tu dia tak risau ke suami dia masa tu boleh berpaling tadah dari dia jugak. Tepuk dada tanya Iman.



Wednesday, January 5, 2011

Percintaan Penyanyi Noh Hujan Yang Macho dan Mizz Nina Yang Cun

Owh Miss Yaty minat sangat dengan lagu-lagu yang di nyanyikan dari kumpulan Hujan ni. Siyezly lagu Hujan memang best-best. Tapi walau macam mana sekalipun Tomok Masih Bagaikan Bidadari pada Miss Yaty ye. Miss Yaty tak nak kacau hubungan Mizz Nina dan Noh. Aceceh budget betul kau Miss Yaty.

Noh Hujan Yang Macho!
Credit Google

Tahun lalu kita di kejutkan dengan berita Noh Hujan dan Mizz Nina berkahwin opss bertunang. Sila angkat tangan kalau ada sesiapa yang tak terkejut. Miss Yaty terkejut sangat sebab Noh minat Miss Yaty tapi sebab Miss Yaty dah ada Mr Gugu jadi Noh terus mencari penawar hati yang baru dengan penyanyi Mizz Nina yang makin meningkat naik sekarang. I like you Miss Nina! You so gorgeous! 

Gorgeous kan Mizz Nina?
Credit Google



Miss Yaty tahu mengenai isu pertunangan Noh Hujan dan Mizz Nina masa tengok Melodi. Mizz Nina nampak cun sangat semasa hari pertunangan mereka. Majlis pertunangan pun dah cun kalau majlis kahwin nanti cun plus plus lah Mizz Nina. I jeleouslah macam ni.


Majlis Pertunangan Noh Hujan dan Mizz Nina. Cun dan Macho Berduet.
Credit Oh bulan


Miss Yaty tak dengar semua lagu yang Mizz Nina nyanyi tapi Miss Yaty suka sangat dengar lagu KURNIA yang duet dengan Noh Hujan tu. Memang best lagu tu. So sweet. Masa awal praktikal dulu Miss Yaty selalu dengar lagu ni keluar kat radio. Layan je masa tu sebab bosan takde buat apa-apa masa mula-mula prakttikal dulu.

Gembira dengan style rambut Noh sekarang. Makin melemahkan jantung Miss Yaty. Miss Yaty takleh nak bertegur dengan Noh sekarang sebab takut Mizz Nina mengamuk.

Pasangan hangat bercinta Noh Hujan dan Mizz Nina.
Credit Google

Mizz Nina tolong jangan marah ye. Miss Yaty main-main je. Sekarang Mizz Nina sibuk promosikan lagu-lagu dia kat Sri Lanka. Noh pulak sibuk membuat persiapan untuk Juara Lagu. Eh yeke. Miss Yaty agak je tu. Sebab tak tanya pulak PA Noh tentang jadual Noh bulan ni.

Dengar khabarnya Mizz Nina dan Noh Hujan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini. Alhamdulillah. DI harapkan jodoh mereka berkekalan selamanya. 

P/s: Tak sabar tunggu Mentor yang baru ni sebab Noh Hujan jadi Mentor musim terbaru ni. ^__^