Wednesday, January 12, 2011

Khasiat Minum Teh Hijau Pada Manusia

Khasiat minum Teh Hijau pada manusia memang banyak. Kali ni Miss Yaty nak kongsi khasiat teh hijau untuk korang. Miss Yaty suka sangat minum air teh. Tapi belum pernah lagi minum teh hijau atau yang lebih di kenali dengan nama Camelia Sinensis. Air teh hijau memang banyak khasiatnya. Antara khasiat yang dapat Miss Yaty dapat kongsi ada kat bawah ni ye.




1. Dapat menurunkan berat badan kita.

  Satu pennyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan. 

2. Mengatasi keracunan makanan.

  Apabila terkena cirit birit korang boleh minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang di hasilkan oleh bakteria.

3. Mencegah kanser.

  Sejak 20 tahun lalu telah di lakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin di percayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kenser. 

4. Menurunkan tahap gula dalam darah.

  Dr Minowada dari University Kyoto telah mendapati pengambilan teh hijau boleh menurunkan gula dalam tekanan darah.




P/s: Marilah kita amalkan minum teh hijau. Bukan teh timbang ye!

P/s: Gambar dari Incik Google.

14 comments:

JuanYuan said...

jom..teh hijau mmg sodap..tp agak mahal sikitla..sikit jela..haha

ijatnuar87 said...

wahwahwah...kena cari teh ijau nih,hehehe...tp kat ner biasa ader ek???

Puan Besar Shag Yahaya said...

Err, Shag pernah try minum. Haiya. Tak nak minum dah lepas tu. Rasa dia lekat kat tekak dgn lidah. tak dalah pahit macam teh biasa tu, tapi. Tak tau lah nak cakap macam mana rasanya :P

Btw, Shag suka Green Tea blended kat Starbucks! Kiki.

Mohd Hazwan said...

walaupun teh hijau banyak kelebihan
saya still tak suka
rasa pelik huhu

Solihin Zubir said...

dpt menurunkan berat badan?
owh tidak! nmpk gayanya sy xbley minum la.. heheh...

DeCrewz said...

teh sabah tu sama jugak ke?

noa said...

x pnah try gak

jum kita try beramai2

Ati Masrif said...

dulu masa kerja dengan company
jepun ..selalulah minum

sekarang dah nak kena beli sendiri..
tidaklah minum lagi..

pasni nak beli lah..byk khasiat yek

jelah said...

saper pnah minum teh pegaga?teh tu lagi sedap....

Hairun Azmi said...

Saya selalu minum Teh Cina...


Tahap kesihatan dan kepantasan berjalan

apdm said...

salam


adik cik tom ke nii?heheh

kalau dngar teh hijau boleh kuruskan badan, cepat je nak beli, tapi minumnya belum tentu ...

mohad said...

kalau orang tu kurus...dan minum teh tu ,makin kurus lah orang tu ya..

Aretikz said...

uuh.. teh hijau.. teh ada warna lain tak? hehe..

amboimak said...

Teh hijau memang baik untuk kita. Cuma perlu berhati-hati kerana jika teh itu datangnya dari Ladang Teh Boh, janganlah diminum teh hijaunya. Kenapa? Kerana banyak racun kimia digunakan di ladang teh Boh ni. Kawan saya kerja kat situ. Cara pemerosesan teh hijau menyebabkan racun kimia tak hilang. Dan perlu diketahui kebanyakan racun ini hanya memberi kesan selepas bertahun kita mengambilnya, bukan serta merta kerana kuantitinya yang sedikit.

Oleh sebab itu, black tea atau teh hitam yang biasa tu adalah lebih selamat kerana daun teh tu "dibakar" semasa pemerosesannya. Dengan cara ini racun kimia itu termusnah.

Untuk makluman semua.