Saturday, February 19, 2011

Masalah Facebook Semakin Menjadi-Jadi

Salam sayang semua. Pagi tadi Miss Yaty pergi Air Terjun Sekayu. Best sangat-sangat sampai mengeletar tubuh sebab air cejuk gileer!!!

Okay tak nak cite lebih-lebih pasal tu sebab Miss Yaty nak cite mengenai isu facebook. Sekarang ni kalau korang alert pasal isu semasa mesti korang perasan kan ada aje lah masalah yang datang dari facebook ni.

Isu orang jadi pengedar dadah melalui facebook. Bayangkanlah dengan facebook pun dorang boleh nak buat duit haram lagi. Yang lagi dahsyat pulak isu isteri curanglah sebab berkenalan dengan lelaki melalui facebook. Bukan setakat curang biasa-biasa sampaikan curang kena tangkap khalwat!! Astaghfirullahalazim. . .

Facebook sekarang bukan lagi tempat untuk bertemu kembali sahabat lama tapi dah makin di salah gunakan. Miss Yaty suka  layan facebook sebab melalui facebook kita rasa dekat dengan diri kawan-kawan kita. Korang setuju tak??

Tapi bila dah timbul isu macam ni Miss Yaty mula pikirkan persoalan patut ke facebook di tutup??

Inilah dunia di alaf 21. Pada siapa kita nak tuding jari pada masalah sosial dan jenayah zaman sekarang ni. Isu-isu ni bukan untuk kita tuding jari. Tapi kita kena sama-sama cermin diri sendiri adakah kita sedar kesalahan dan kesilapan kita. Kalau diri sendiri masih tak sedar macamana diri nak insafkan.

Sama-samalah kita menginsafi diri sendiri.


25 comments:

iwan_dextrous said...

teknologi ad kemudahannya tpi kalau disalahguna mmg akan jdi pemusnah..

Anonymous said...

fuhhh... nasib baiklah fda xde facebook... :))

feyza said...

ye..sy sokong..=)
sy dh lma deactive Fb neh

Unknown said...

Fb pun dah jd tempat nak mrh2.. TT

Sham said...

salam kenal...

guna fb utk kontak rakan-rakan lama sahaja...

Hafriz Mohamad said...

dh bnda pn ciptaan yahudi.. mcm2 bnda la bleh jd.
yg pnting, kita yg msih bleh pkir ni,gunakn bnda tu utk ke arah kbaikan...

Unknown said...

ehh..gi mndi air trjun tak ajak..kalau tak boleh skodeng..

tu la masalahnya kalau dunia tanpa sempadan digunakan untuk tujuan tak baik..

nurulfaridah said...

2 la..mcm2 skang nih kan..

Puan Besar Shag Yahaya said...

Majulah dunia siber lah katakan. Smp jual dadah online tu~ Dahsyat!

Solihin Zubir said...

manfaatlah facebook dgn perkara yg berfaedah..
ada akal, gunalah sebaiknya.. kan.. =)

zuhanismohamed said...

tu lah..teknologi ni kadang2 bawak keburukan juga..

sekarang dah start slow down facebook..dulu masa mula2 gian betul..

lama2 bosan jugak dah..

nurul said...

sampaikan ade yg bercerai-berai angkara fesbuk..isk!

tp saye berfesbuk tuk kontek ngn kwn2 lama jer..sebagai medium reunion di alam siber! hihi

AnakPakZohar said...

hurmmm... malas dah nak amek tau pasal fb lagi.. nak tutup pn tutuplahh..

Bunga said...

setiap it ni mmg ada kebaikan dan keburukan..tapi kita yang memilihnya..sama cam blog ni..

Mat Ganu said...

Inilah akan terjadi jika tidak meletak ISLAM sebagai landasan dlm melakukan sesuatu...mintak jauh~

bobiedanbad said...

pengguna kena la bijak...
akak pas buku cerita Wimpy Kid kat awak tgglkan details kak email deanbadrah@yahoo.com

bobiedanbad said...

you also da winner tuk my contest teka umur Andak...tinggalkan detais kat email ok ASAP

Muhammad said...

facebook mamat gunakan untuk menjana trafik..he3

Unknown said...

fb nih utk kebaikan.tp ade lak org yg kepala mereng buat xtntu hala.grrrr.geram tol~~

niesz said...

tu la..ade kebaikan jgk fb ni d tutup..da mcm2 hal da sebab kan fb nie..kite niat nk cri kwn lama balik..tp ade gak yg guna tuk bnda yg x bermanfaat..

Raji and Yeen said...

hohoho kdg2 ak igt tu mcm satu alasan jer.. sebab jika fb ditutup sekalipun masih byk cara lain boleh digunakan utk berhubung mncari org yg bole sama2 bersubahat utk dadah nih kan? ;D

Miss Yaty said...

@iwan_dextrousbetul tu iwan..dunia sekarang memang makin ramai salah gunakan teknologi.

Miss Yaty said...

@rizwan's sweetheart : laa..fda takde fb ke?hihi..nasib baik lah...hihi

Miss Yaty said...

@Pijahh' de-Arr : yeke..miss yaty sayanglah nak deactivate terus fb ni sebab fb tmpt contact kawan2 lama...

Miss Yaty said...

@Shaheila Malek : aah tempat lepas geram...grrr