Alhamdulillah Miss Yaty dapat Special Award lagi. Special award ni di buat khas oleh adik Mamat pada 100 Follower Mamat. Jangan salah faham ye. Award ni di buat bukan sebab follower dia hanya ada 100 tapi di sebabkan adik Mamat terharu kerana follower blog dia dah mencecah 1000++.
Kalau korang nak tahu blogger Mamat ni masih di kira newbie lagi. Ini kerana Mamat baru bergelar blogger selama 3 bulan. Tapi berkat kesungguhan Mamat, akhirnya blog Mamat makin di terima ramai dan buktinya follower blog Mamat sudah pun mencecah 1000++.
Miss Yaty kenal blogger Mamat ni pada November tahun lepas. Miss Yaty memang sedang blogwalking waktu tu dan terjumpa blog Mamat ni. Agak tertarik pada blog Mamat sebab blog dia bertajuk Luahan Hati Matika.
Blog yang kongsikan kata-kata puitis dan sajak yang syahdu pada Miss Yaty. Antara sajak yang buat Miss Yaty tertarik ialah sajak yang bertajuk Terima Kasih Ayah dan Khas Untukmu Ibu.
Bermula dari entry itu Miss Yaty sentiasa berkunjung di blog Mamat, lagi-lagi pabila blog Mamat telah di serang oleh blogger yang kaki hentam blogger. Tapi berkat kesungguhan Mamat dia tidak putus asa walaupun sebenarnya waktu tu dia nyaris patah semangat untuk berblog.
Miss Yaty harap Mamat bakal menjadi blogger hebat suatu hari nanti. Dan Miss Yaty harapkan Mamat tak lupa pada newbie dan sahabat-sahabat blogger yang banyak membantu dan menyokong Mamat dan blog Luahan Hati Mamat.
Miss Yaty jugak berharap dan berdoa semoga Mamat berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ni. Apa yang penting Mamat kena rajin berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah. Sesungguhnya Allah akan membantu hambaNya yang tak pernah putus asa dan sentiasa berdoa padaNya. Jangan lupa buat sembahyang hajat sebolehnya tiap-tiap malam.
Buktikan walaupun Mamat seorang blogger tapi Mamat tak lalai dalam pelajaran dan berjaya mendapar keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun ni. Boleh ye dik?
19 comments:
Alamak. Shag tak buat lagi entri pasal award tu Keke.
Sayang Yaty! ;D
mamat memang best. rajin tegur blogger lain..eheee..semoga berjaya yea mamat!!
baiklah kak :D
salam pagi selasa =)
besnya dapat award tu ...tahniah kerana ada orang yang tahu menghargai miss yaty..
selamat maju jaya kepada abang mamat dan blognya.. ;)
Rasanya follower mamat macam air.. Arini 1++, esok dah 2++..hu3.
mamat mmg rajin..
jumpa yaty kat blog mamat...jom join mama...mama follow
oh..best2 tahniah miss yaty!
wah.die ni bru lagi blogging smpai dah boleh naik mcm ni.
Alhamdulillah...
wahhh sedih mamat dibuatnya..
ini entry yang paling terbaik di antara semua entry...
huuuuuu entry yang penuh dengan semangat untuk mamat..
akak masih ingat lagikan puisi ayah n ibu tu??he3..
sekarg n puisi dag susah nk buat laa..he3..
mamat try yang terbaik..
mamat tak akan lupa org yg dah membantu mamat untuk berdiri teguh dalam dunia blog ni..
dan insyallah suatu hari nanti..
mamat pula akan beri pertolongan untuk blogger-blogger baru..
seperti mana akak dan yg lain2 dan tlong mamat...
dan mamat tidak akan lupa diri kalau mamat berjaya...
thanz aw akak..
cantik award..
tahniah ye 4 this award.kite pun suka lepak blog mamat!sis ntahlah kite pun tak tau knpa sis tak blh komen ye?kwn2 lain blh je..kite confused ni.Cik Tom pun ok je..ngape ye huhu..
ramai btol blogger baru yang cepat meletup skang ni kan...
rajin tol diorg promosi..
terbaek ah..
huhu,,akak..
mamat baru perasaan...akhir cerita akak..ada cerita blog mamat..wahh thanz akak..
akak guna satu pun cukup laa...tkut nnti blog akak berat...
kalau akak nk juga..mamat pun share lagi blog akak..hehe
klau nk mamat tmbah lagi..h3
saya akan jadi mcm mamat..sekarang saya pun newbie juga..baru 29 hari berblog..harap2 semangat alief tinggi spt mamat..hye awk,kalau awk free,dtg la jenguk blog alief..jgn lupa follow taw..alief sgt mnghargai..jgn lupa..dan kepada semua yg komen atas ni.,rajin2 la jenguk dan follow blog alief yg freshie lagi ni..hope dpt jadi mcm mamat..insyaAllah
aliefcmoi:nak jadi macam mamat??huuuu
aliefcmoi orang pertama yang cakap macam n...terima kasih aw..huhu
bro mamat-->sebab byk blogger spt cik tom puji smgat mamat...sebab tu alief nak jadi blogger yg bersemangat mcm bro..thanx bro..sila bagi tunjuk ajar kat saya..kalau saya ada silap dlm penulisan blog ni,bro tegur la saya..bagi kritikan mmbina..alief akan trima semua itu dgn ati terbuka..dan akan mmbaiki kekurangan itu..insyaAllah..thanx again bro..
wahhh best laa alief...terharu mamat..
Post a Comment