Monday, April 18, 2011

Tips Penjagaan Kuku Agar Cantik dan Kemas

Assalamualaikum. Korang pentingkan penjagaan kuku tak? Bagi Miss Yaty kebersihan kuku amatlah penting. Melalui kuku juga kita dapat gambarkan perwatakan seseorang tu. Penjagaan kuku ni sama nilainya dengan penjagaan wajah, rambut dan kulit. Tapi tak ramai tahu cara nak jaga kuku sebab tak tahu pentingnya kuku kan. Menjaga kuku sebenarnya tak susah pun kita cuma kena sentiasa potong dan bersihkan kuku. 



Pentingnya menjaga kuku






Banyak keburukan yang datang kalau kita tidak menjaga kuku dengan sebaiknya. Antaranya adalah akan mendatangkan penyakit seperti cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, bewarna kuning atau hitam yang pasti menjejaskan penampilan kita.



Cara Penjagaan Kuku

Kuku yang panjang kena sentiasa di potong.

1. Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.



2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.


3. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.

Sentiasa merapikan kuku


4. Pemakaian pelembap tangan dan kuku mengandungi vitamin C membantu mencantikkan kuku.

5. Minum banyak air dapat membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.

6. Sentiasa merapikan kuku agar sentiasa kemas dan rapi.

Petua Tradisional

Penjagaan kuku kaki amat penting
Kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik. Cuba tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.



Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.

Tips Kecantikan

Jangan menggigit kuku.
Jangan amalkan mengigit kuku kerana itu hanya merosakkan bentuk kuku yang sedia ada.




Sumber : Link 

11 comments:

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

kuku saya cun melecun..hehe

*nice tips miss yaty =)

iwan_dextrous said...

gud2...biar bersih..x ad r geli org tgok kan..hihihi

DeCrewz said...

Bagi mereka ynag suka menggigit kuku, ada effect x pada organ dalaman..?

Unknown said...

selalunye tak de rendam2 pun..
potong je ..
lepas tu basuh tangan ..
tu je..
heheheh

Miss Yaty said...

@muhammad iqbal hakimi bin tahir : owh yeke..nanti share la tips iqbal plak ;p

Miss Yaty said...

@muhammad iqbal hakimi bin tahir : opss lupe thanks iqbal. :)

Miss Yaty said...

@iwan_dextrous : aah..hihi..sebab tu penting kena jaga..hihi ;)

Miss Yaty said...

@DeCrewz : tak tahu pulak..nati yaty try buat research..tapi yang yaty tahu efek pada kuku memang jadi buruk la..

Miss Yaty said...

@diana : kadang2 memang kita tak sempat nk rendam2 ni..hihi..yang penting lepas potong kuku basuh tgn..hihi

tasyah_92 said...

hhehehe .. miss yaty .. tenx yaa ... info anda amat bemakna :)

Miss Yaty said...

@tasyah_92 : welcome tasya :)