Entry Terhangat Di Pasaran!!!

Monday, July 16, 2012

Skim Biasiswa Tenaga Pensyarah Muda (TPM) Shah Alam 2013 telah di buka


Assalamualaikum dan salam sayang..

Kalau tengok tajuk pun dah tahu kan Miss Yaty nak share dan bagitahu yang Skim Tenaga Pensyarah Muda (TPM) 2013 di Shah Alam telah di buka. Pada sesiapa yang berminat boleh mencuba ye. Eh ada yang tak tahu ke apa itu TPM. Takpe Miss Yaty tengah rajin nak terangkan kat awak awak semua.

Mesti ramai teringin nak jadi pensyarah kan bolehlah mencuba. Pada yang taknak atau tak minat tu tapi masih mencari pekerjaan adalah di galakan untuk mencuba. Alang-alang dapat sambung master percuma kan. Then dapat jadi pensyarah di UITM lepas habis belajar. Ok apa kan?

Tapi memang nak apply biasiswa macam ni mestilah ada syarat-syarat kelayakannya kan. So meh tengok apa itu TPM dan apa syarat kelayakannya.



Apa itu TPM ?

TPM adalah skim biasiswa yang di tawarkan oleh UITM kepada calon-calon yang berminat untuk menjadi pensyarah di UITM. Skim ni adalah hasil kerjasama dari pihak KPT dan UITM.

Syarat – syarat kelayakan :


 
Jom Pergi Bengkel Hijab Sunsilk
1.             Calon-calon mestilah mempunyai :
a)            Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan peringkat Ph.D).
b)            Ijazah Sarjana Muda dengan  Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).

2.          Calon-calon lulusan Sarjana Muda (Kepujian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Dua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.

3.          Bagi kursus-kursus Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah Pergigian dari universiti yang diiktiraf.

4.               Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM.

5.           Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.

6.             Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan 
          penyelidikan.
    
7.         Berumur tidak lebih daripada 35 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D.  Berumur tidak lebih daripada 30 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.  Bagi kursus Pergigian calon-calon hendaklah berumur tidak lebih daripada 35 tahun.


Tarikh tutup : 25 Julai 2012. 

Alah lambat lagi kan tapi kalau apply lagi awal kan lagi bagus. :)

Korang di kehendaki isi form melalui laman web UITM klik je sini. (http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM). Sila pastikan korang isi form melalui online dulu ye lepas tu ikutlah arahan yang seterusnya.




 Klik Untuk Menderma (Sempena Ramadhan)
 Mari Beramal Bersama Colgate (Sempena Ramadhan)


13 comments:

saeedah yafi'ah said...

assalam, nk tnye, tpm ni wat research atau mengajar? kna assign supervisor ke?

saeedah yafi'ah said...

Assalam, sy nk tnye, tpm ni kna assign supervisor dlu ke? boleh explain more detail?

saeedah yafi'ah said...
This comment has been removed by the author.
Miss Yaty said...

@saeedah yafi'ah : waalaikumussalam saeedah, TPM ni adalah skim biasiswa dari UITM. kita kena complete kan master dulu then baru kita mula mengajar.

mengenai assign supervisor tu depends pada master yg kita nak amik nanti. sama ada coursework atau research. mengikut bidang masing-masing.

Miss Yaty said...

@saeedah yafi'ah : saeedah nak saya explain more detail part mana ye?

saeedah yafi'ah said...

actually, i've finished my master in safety, health environment @ utm last month, tp still final result (cgpa) x dpt lg... sy berminat nk apply phd dgn scholar tpm ni, could u explain more detail on:

1-brape lame tempoh utk tau yg kite short listed utk interview?

2-if dpt offer biasiswa tpm ni, what the next step? i'll become what? tutor? or terus jd lecturer?

3-tpm ni bayarkan yuran, dibayar gaji atau x?

4-akan terus diikat jd lecturer atau kita boleh pilih nk jd lecturer kat mane?

p/s:frankly speaking, x confident sgt yg sy leh dpt tpm ni...tp teringin sgt nk jd lecturer..huhu...

Miss Yaty said...

@saeedah yafi'ah : oh untuk apply PHD. ok saya ada buat research sikit pasal TPM ni. saya takde 100% sure ye. just based on saya search google jugak. harap dpt membantu awk.. kalau ada yang tersilap saya mitak maaf ye.

1) untuk dapat TPM ni ada beberapa step yang kita perlu lalui. 1st kena mock teaching (ini std kalau nak jadi lecturer kan) . then kalau lepas mock teaching tu baru dorang panggil untuk next step. next step kita akan di panggil untuk interview. then, kita kena tunggu dalam 6 bulan utk tahu kita layak ke tak dpt TPM tu. if ada berita uitm akan bagi surat.

2) if kita dpt biasiswa tu kita kena completekan dulu master/phd then baru kita boleh jadi lecturer.

3 & 4)masa kita belajar nati, yuran kita akan fully support. kita boleh belajar kat mana2 ipt yang di approve oleh uitm.

bila kita dah start kerja nati uitm akan bayar gaji dan benefit pada kita seperti lecturer lain jugak. kita akan jadi lecturer di uitm sahaja kerana kita buat contract dengan UITM. UITM bagi kita biasiswa jadi kita kena bekerja dengan UITM sebagai lecturer. sy tak sure berapa tahun contract utk jadi lecturer kat UITM.

saeedah yafi'ah said...

oh...ok, tq ye... it thought u got the scheme....hehe...btw a good explaination...=)

Miss Yaty said...

@saeedah yafi'ah : most welcome saeedah :)

SmS said...

Salam..nak tanya...Syarat 5 - Bebas dari ikatan kontrak.....adakah ia bermaksud kalau ada ikatan kontrak dengan JPA pun xboleh?

Miss Yaty said...

@SmS : kepada sedara/sedari, berkenaan soalan tu saya tak berapa pasti. maaf tak dapat membantu ye..sebab saya takut silap bg info..

nani said...

assalamualaikum miss yaty..sy pon sgt2 teringin nk jd pensyarah tp sy ase sy da terlmbt bce ni..klu sy nk apply tpm ni.sy msti da dpt diterime di mane2 university dulu ke dlm master/phd? sy blum graduate dlm degree lagi n akan grad mey 2013. sy da terlambat ke nk isi ni?ke mmg sepatutnya saya perlu isi selepas sy da grad ijazah sy ni?
thanks

Miss Yaty said...

@nani : waalaikumussalam nani, thanks sb sudi singgah blog miss yaty..
sebenarnya TPM ni tak kuar setiap masa..TPM ni limited..if TPM kuar, uitm akan announce..setahu Miss yaty, kena grad dulu baru boleh apply tpm ni..

TPM ni boleh apply sebelum dpt mne2 ipt dan jge selepas dpt ipt pn masih boleh appy..

diharap jwpn miss yaty bg ni dpt menjawab persoalan nani tu ye.. :)