Assalamualaikum dan salam sayang..
Kalau tengok tajuk pun dah tahu kan Miss Yaty nak share dan bagitahu yang Skim Tenaga
Pensyarah Muda (TPM) 2013 di Shah Alam telah di buka. Pada sesiapa yang
berminat boleh mencuba ye. Eh ada yang tak tahu ke apa itu TPM. Takpe Miss Yaty
tengah rajin nak terangkan kat awak awak semua.
Mesti ramai teringin nak jadi pensyarah kan bolehlah
mencuba. Pada yang taknak atau tak minat tu tapi masih mencari pekerjaan adalah
di galakan untuk mencuba. Alang-alang dapat sambung master percuma kan. Then
dapat jadi pensyarah di UITM lepas habis belajar. Ok apa kan?
Tapi memang nak apply biasiswa macam ni mestilah ada syarat-syarat
kelayakannya kan. So meh tengok apa itu TPM dan apa syarat kelayakannya.
Apa itu TPM ?
TPM adalah skim biasiswa yang di tawarkan oleh UITM kepada
calon-calon yang berminat untuk menjadi pensyarah di UITM. Skim ni adalah hasil
kerjasama dari pihak KPT dan UITM.
1. Calon-calon
mestilah mempunyai :
a) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan peringkat Ph.D).
b) Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari universiti yang diiktiraf
(untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
2. Calon-calon lulusan Sarjana Muda (Kepujian)
mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Dua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.
3. Bagi kursus-kursus Pergigian,
calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah Pergigian dari universiti yang
diiktiraf.
4. Mendapat
kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
5. Bebas dari ikatan kontrak sama ada
dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.
6. Calon-calon
mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan
penyelidikan.
7. Berumur tidak lebih daripada 35 tahun
bagi pengajian peringkat Ph.D. Berumur
tidak lebih daripada 30 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana. Bagi kursus Pergigian calon-calon hendaklah
berumur tidak lebih daripada 35 tahun.
Tarikh tutup : 25 Julai 2012.
Alah lambat lagi kan tapi kalau apply lagi awal kan lagi bagus. :)
Alah lambat lagi kan tapi kalau apply lagi awal kan lagi bagus. :)
Korang di kehendaki isi form melalui laman web UITM klik je sini. (http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM). Sila pastikan korang isi form melalui online dulu ye lepas tu ikutlah arahan yang seterusnya.
Sumber : http://tpm-uitm.blogspot.com/
