Friday, August 10, 2012

Jom “Follow” Blog El Qashrin Qaisara Untuk “Projek Amal EQQ”

Assalamualaikum dan salam sayang. 


Kali ni Miss Yaty nak join segmen yang di anjurkan oleh Mummy El Qashrin. Segmen ni bukan segmen biasa kerana segmen ni adalah Projek Amal EQQ bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Terharu Miss Yaty sebab dapat merasakan kesungguhan Mummy nak anjurkan Projek Amal ni.

Projek amal ni adalah untuk membantu Anak-anak Yatim di Kampung Tersusun Bercham berdekatan dengan rumah Mummy. Bersempena bulan mulia ni kita memang di galakkan menderma, bersedekah dan juga membantu orang-orang yang kurang bernasib baik jadi ini adalah salah satu cara untuk beramal. Keunikan anak-anak yatim di sana adalah mereka telah di ajar menghasilkan kraf tangan yang sangat unik dan kreatif yang boleh di guna kan sebagai 'door gift' untuk Birthday Party, Cukur Jambul, Hari Pertunangan dan sebagainya.

Projek Amal EQQ ini adalah untuk membantu mereka menambah dan mengumpul dana untuk menampung perbelanjaan harian mereka kelak.  Matlamat Mummy untuk Projek Amal EQQ ini agar ramai lagi blogger sama-sama menyokong amal ni agar kita sama-sama membantu golongan kurang bernasib baik ni. Sedikit sebanyak di harapkan dapat membantu mereka dari segi kewangan dan sebagainya. 

Marilah kita sama-sama menyokong niat murni Mummy untuk membantu Anak-anak yatim kampung Tersusun Bercham. Kalau nak tahu lebih lanjut korang klik banner kat atas ye atau klik link Segmen: Jom “FOLLOW” Blog El Qashrin Qaisara Untuk “Projek Amal EQQ”.


2 comments:

Unknown said...

Saya adalah eqq dan saya sudah berumur 11 tahun

Anonymous said...

ialah la pandai btw saya el qashrin qaisara saya sekarang di kolej yayasan saad berumur 13 tahun xoxo