Wednesday, November 24, 2010

Ulek Mayang

Mesti ramaikan di kalangan blogger pernah tengok drama bersiri ni di TV3 yang di siarkan setiap isnin - khamis pada pukul 4.30  petang. Drama ni dah mula di siarkan di TV3 pada 23 Oktober yang lalu. alahai memang dah banyak lah episod yang saya terlepas. salah satu sebab saya malas nak layan cerita ni. lagipun saya ni bukanlah pencinta drama bersiri sangat sebab malas nak ikuti semua episod.





Saya tak tahulah kenapa kalau setiap kali dengar je lagu ulek mayang ni bulu roma saya terus meremang je. aish. menakotkan je. sebenarnya apa Ulek Mayang ni? so saya search kat incik Google. 


wah memang pelbagai info saya dapat. dan pelbagai pendapat. korang pernah dengar betul2 tak lirik lagu ulek mayang? okay korang tengok lah lirik lagu ni. 





Ulek mayang ku ulek

Ulek dengan jala jemala

Ulek mayang diulek

Ulek dengan tuannya puteri

Ulek mayang diulek

Ulek dengan jala jemala

Ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya dua



Puteri dua berbaju serong

Puteri dua bersanggol sendeng

Puteri dua bersubang gading

Puteri dua berselendang kuning

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat.......



Ku tahu asal usul mu




Yang laut balik ke laut

Yang darat balik ke darat

Nasi berwarna hamba sembahkan

Umbok mayang ku umbok

Umbok dengan jala jemala

Pulih mayang ku pulih

Pulih balik sedia kala...


liriknya memang penuh pemujaan kan. saya pun tak paham apakah motif utama Rashid Sibir nak ketengahkan dalam drama beliau kali ni.


ulek mayang ni memang terkenal kat Terengganu. sebab itulah lokasi penggambaran slot Lagenda ni di lakukan di Terengganu. kalau korang perasan masa mula2 start drama ni ada di tunjuk kan rumah2 tradisional kan? itulah Muzium Negeri Terengganu.


saya ada baca pendapat2 kat SINI banyak gak lah yang sharing pendapat mereka pasal ulek mayang ni. ada gak yang ceritakan pengalaman mereka. saya pun pernah juga dengar cerita yang dulu2 ada student sekolah buat persembahan kat sekolah untuk malam kebudayaan. selepas mereka menyanyi lagu Ulek Mayang mereka semua terus meracau macam kena histeria.




kesahihahn cerita ni masih belum saya ketahui. saya cuma nak sharing je. kalau ada siapa2 nak sharing pendapat dan info silakan yea.



8 comments:

Unknown said...

best tengok puteri mayang sari..

Aanis Alexis said...

erk..... takot nk baca lirik tuh smpai habes. Huuu~

Muhammad said...

best cter ni...hri2 lyan..

Miss Yaty said...

ferry: best tgk tapi bile dia dah nyanyi..seram...hiii~

Miss Yaty said...

kak aanis: memang pun..hihii..tapi kan yaty baca gak sampai sekarang terngiang lagu tu lagi....adoii! terlampau fikirkan sgt kot...

Miss Yaty said...

matika: best sgt ke? rasa2 awak apa motif cite ni selain kesah percintaan? minta pendapat sikit..

Muhammad said...

hehe...pencintaan antara dua alam....
kehidupan seperti dalam cerita tu..memang ada ..mmng pernah berlaku...cerita tu nak menceritakan...Mcam mne manusia dan bunian boleh bercinta..

Miss Yaty said...

matika: owh..memang kesah cinta la ni..hihi..thanx sebab sharing yea..nati dah abis drama ni matika wat lah ulasan kat blog ye :)