Friday, December 3, 2010

Pengalaman Menyewa Rumah [Part 2]

Kalau nak tahu pengalaman semester pertama di SINI
  
Pengalaman menyewa pada semester kedua:



Pada semester kedua ini kami ingatkan kami akan berlimalah sebab dah malas nak cari orang lain. Tapi tetiba saya dapat message dari seorang kawan degree menceritakan masalahnya tak ada tempat tinggal. Jadi saya teruslah menyuruh dia menumpang rumah kami untuk sementara waktu. Pada waktu itu saya berada di KL. Ada majlis perkahwinan sepupu saya. 3 orang kawan saya dah ada kat rumah sewa masa itu jadi saya rogerlah mereka yang kawan kami akan menumpang rumah kami. Mereka bagi lampu hijau.



Akhirnya kawan kami yang itu menyewa jugak rumah kami memandangkan ayah dia telah membeli rice cooker dan perkakas lain untuk rumah kami. Owh lupa pulak rice cooker dan perkakas memasak  pada semester pertama kawan saya telah bawa sekali masa pindah jadi kami memang tak ada rice cooker pada semester kedua.



Bermulalah kehidupan kami berenam di semester kedua. Kawan kami yang baru masuk itu pun pandai masak dan jugak rajin masak. Jadi memang kami dapat makan jugaklah.



Lama kelamaan ada perselisihan faham lagi di rumah kami.hahaha. (asyik-asyik gaduh je kan). Tanpa kami sedari teriba je dah jadi macam 2 kumpulan(3 - 3) di rumah kami.



Pada akhir semester 3 orang dari member kami termasuklah kawan yang baru join rumah kami itu nekad nak pindah rumah jugak pada semester tiga nanti.



Berakhirnya semester 3 kami membawa haluan masing-masing.



Isk semester nilah semester paling saya kena kuat ;'(



Tapi saya bersyukur sangat kerana masih ada mereka di saat saya bersedih. Thank korang. I heart you!







ENTRY Auto Publish 

4 comments:

JuanYuan said...

alolo..kesian..hak3..

nak yang pakai spek tu~

Ati Masrif said...

salam,

tgk pic ni ..
baru kak ati perasan yaty ni
yg dtg jumpa sarah di kuantan tu
yer

Miss Yaty said...

@juan : mengade ekk;p

Miss Yaty said...

@kak ati: jumpa kak sarah kat kuantan? eh mane de..jumpa kak sarah kat terengganu ni je..dgn cik tom :)