Showing posts with label Degree. Show all posts
Showing posts with label Degree. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

I am Bachelor Holder in Accountancy!!!

Pejam celik pejam celik tak sangka dah lebih sebulan melepak kat umah. Dan seperti di jangka berat badan naik mendadak.Hahaha...

Secret Garden (Hyun Bin dan Han Ji Won) memang best!

Best sangat duk umah menanam anggur. Masa banyak di habiskan tengok citer-citer korean. Fuhh kira cam balas dendamlah.. Tapi banyak citer lama. Takpe janji layann..Citer City Hunter memang paling best bagi Miss Yaty sebab Lee Min Ho sangat macho lam citer tu. Secret Garden paling touching. huwaa!

City Hunter (Lee Min Ho)

Result dah kuar minggu lepas. Alhamdulillah akhirnya Miss Yaty berjaya grad. Walaupun result tak segempak dulu tapi syukurlah takde paper sangkut sebab semua paper tough.

Finally, I am Bachelor holder in Accountancy, Uitm Dungun.. Alhamdulillah. :)

Tinggal nak konvo bulan lima ni. Tak sabar nak tunggu. Konvokesyen ke-76. :))

Konvokesyen Uitm




Saturday, February 18, 2012

End story at Dungun. Hopefully.

Alhamdulillah. Syukur sangat dapat harungi semester akhir dengan baik. Walau pelbagai cabaran dan dugaan. Biasalah tu nama pun kehidupan kan. Mana pernah tanpa ujian dan cabaran.

Miss Yaty habis periksa 19hb Januari 2012. Lege sangat. Walaupun sebenarnya last paper tu rasa agak mencabar sikit. Tapi Miss Yaty dah berusaha bersungguh-sungguh. Sekarang mampu berdoa dan bertawakkal je. 

Result pun dah nak keluar next week. 22hb Februari 2012. Berdebar sangat. Result penentuan Miss Yaty dapat grad semester ni atau tak. Tu yang nervous sangat. 

Lepas seminggu lepak kat umah Miss Yaty sibuk cari kerja kosong. Guna jobstreet je. Korang yang nak cari kerja jugak gunalah jobstreet ye. Banyak kerja kosong yang ada. 

Miss Yaty dah dapat banyak call untuk interview. Tapi terpaksa tolak sebab Miss Yaty tak dapat pujuk mak ayah untuk bagi Miss Yaty kerja luar dari Terengganu ni. Dah masuk 15 call interview dan 3 interview by email. Semua terpaksa tolak. Sedih. Tapi salah sendiri jugak sebab apply kat area Kuala Lumpur dan Selangor. Dah memang kat situ yang banyak kerja kosong. Ambe ni apply je. Huhu.

Malas dah nak majuk dengan mak ayah. So sekarang nekad cari kerja dalam Terengganu je. Kalau ada yang nak offer kerja kosong sila komen entry ni ye. Miss Yaty berminat bidang akaun je ye. Hihi.

Fuhh berhabuk blog Miss Yaty ni. 

Ok Assalamualaikum :)~~~*

Sunday, January 1, 2012

Doa Kami Untuk Peperiksaan

Ya Allah.


Kau tabahkanlah hati kami pelajar semester akhir Bachelor in Accountancy (Hons). Kau kuatkanlah semangat kami untuk terus berjuang. Janganlah kau biarkan kami terus terleka dan terus merungut. Kau permudahkanlah perjalanan kami untuk berjaya mengenggam segulung ijazah. Kau makbulkanlah doa doa kami. Doa doa kedua ibu bapa kami, saudara mara kami dan sahabat sahabat kami.


Permudahkanlah kami belajar, memahami, menghafal dan menjawab peperiksaan kelak. Amiin.

Monday, November 21, 2011

Diploma dah masuk Degree jadi serabut

Opss pada dak diploma tolong jangan sensitif. Entry ni bukan nak kondem korang pun dan entry ni jugak bukan nak kondem uitm tercinta. Cuma saja nak bagi tahu bahawasanya sistem universiti yang terbaru ni memang telah menyusahkan kami sebagai pelajar. Tak kiralah pelajar diploma dan juga degree.

Apakah motif sebenar pihak pihak atasan buat separation macam ni?

Adakah bila buat sistem macam ni kualiti student akan bertambah?

Adakah sistem ni mampu menaiktaraf standard pelajar universiti?

Gaji lecturer naik mendadak of courselah lecturer pun bersemangat nak mengajar biarpun kelas dari kul 8 sampai 6.

Tak sanggup nak pikir situasi masa minggu peperiksaan nanti. Rakyat universiti penuh lalu lalang tepi bilik peperiksaan. .

Tapi kira okaylah sebab sistem ni start pada masa Miss Yaty last sem. InsyaAllah this is last sem. Tak sanggup  nak hadapi situasi macam ni lagi. Sangat serabut.

So Miss Yaty,  keep up the good work!

Eh also for you. Gudluck :) 

Thursday, November 17, 2011

Keropok Lekor VS Strategic Management

Keropok Lekor.

Bila sebut pasal keropok lekor terus buat perut ni lapar. Bagi Miss Yaty walaupun berasal dari Terengganu perkataan jemu makan kepok tak pernah adalah lah dalam kamus hidup ni. Dulu masa belajar kat Jengka memang selalu mengidam makan kepok yang sedap. Bagi Miss Yaty susah nak jumpa kepok sedap yang sesuai dengan selera kita bila dah biasa makan kepok selera Terengganu.
 Klik Untuk Menderma 
 Mari Beramal Bersama Colgate 
 Khas untuk yang Kidal
 Samsung Galaxy S3s Secara Percuma

Dahlah masa tu balik bila cuti midterm dan cuti sem. Tapi tu citer lama.

Sekarang bila dah belajar kat Dungun memang sangat puas hati. Sebabnya dengan mudahnya nak balik rumah nak makan kepok lekor. Kalau kat Dungun ni, orang orang kat sini lebih suka keropok Sri Sura. Memang sedap dan lain dari lain. Lagi lagi satar goreng mereka yang unik tu.

Dorang pun buat packaging keropok lam bentuk frozen. Sangat unik. Sekarang usahawan usahawan kat Malaysia semakin maju ke depan. Dah pandai fikir strategic management. Mungkin itu salah satu sebab sem ni Miss Yaty kena belajar subjek ni.

Subjek ni sangat unik. Mula mula rasa jugak bosan nak menghadap teori ni. Tapi bila dah mendalami dan memahami motif sebenar subjek ni,hati ni mula rasa tak sabar nak belajar dan lebih memahami strategic management ni.

Kumpulan Miss Yaty kena buat projek pegi melawat syarikat yang di bawah naungan SME CORP. Korang taw apa itu SME? SME ni adalah small-medium enterprise. Selebihnya gunalah google.com ye.

Miss Yaty baru balik dari Kuala Abang wat research pasal kepok AGENO.

Bila dah pegi melawat syarikat tu rasa nak jadi usahawan pulak. :)

Tuesday, November 15, 2011

Lecturer Audit cakap. .


Lecturer Miss Yaty selalu cakap perempuan ni kalau keja audit selalunya terlampau beriya. Habis sume nak cek sampai kan cam dah ubah bidang keja jadi detektif conan pulak. 

Miss Yaty selalu terpikir.mungkin di sebabkan terlampau committed dengan keja mereka takpun mereka syok sendiri. . Sepupu Miss Yaty ada pengalaman seorang kawan yang amat suka bidang macam ni. Investigate.

Nampak so exciting kan. Awal awal lagi dia dah tunjuk keupayaan dia yang pandai bahagian macam tu. Tapi malang dia jugak kategori yang lecturer Miss Yaty cakap kan tu.

Mungkin dia tak perasan ataupun sepupu Miss Yaty tu sendiri yang perasan. Ataupun hakikatnya perempuan memang macam tu?

Miss Yaty camne plak? Mungkin kategori tu jugak. . 
Tapi hakikatnya menjadi auditor bukan impian Miss Yaty. 

Friday, June 3, 2011

Praktikal Training Tamat | Kawan Baik Ku Bertunang

Assalamualaikum semua. 

Hari ni 3hb June 2011. 3 hari sebelum tu 31 May 2011 adalah hari terakhir Miss Yaty praktikal. Tapi hari yang sepatutnya last keje tu tak menjadi hari last sebab tetiba boss Miss Yaty offer keje last minute pada 16 May hari tu. Terkejut jugak dan berbelah bagi sebab pikir da malas nak keje dan nak rehat je lepas ni. Tapi lepas pikir dan berbincang dengan family Miss Yaty buat keputusan tuk terima keje kat situ.

Tapi kan rasa macam jelez plak bila member yang tak sambung keje dapat relax kat rumah. Tapi bila pikir nak tunggu sampai bulan 9 memang lama lagi lah kalau tak de keje pape kan. Lagi - lagi pasal duit. Takkan takde duit belanja langsung memang masalah besar tu pada si boros. Hihi

Miss Yaty bertuah dapat keje kat situ sebab ada staff nak berhenti keje sebab dapat offer keje kat lain. Rezeki dia dan rezeki Miss Yaty jugak lah kan. Huhu.

Hari ni 3hb June 2011 adalah hari pertunangan kawan baik Miss Yaty. Dia ni kawan baik Miss Yaty dari sekolah menengah lagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar petang tadi. Mereka di jangka akan melangsungkan perkahwinan lepas raya tahun ni. InsyaAllah.

Hepy sangat dapat jumpa mereka bertiga tadi. Memang bestkan bila dapat jumpa kawan-kawan dan berborak macam-macam cerita. Semoga persahabatan kami tetap berkekalan selama-lamanya. Amiin.

Cek Nuffnang dah sampai semalam. Yeah! Boleh shopping. Ngee~



P/s : Mood Miss Yaty tuk berblog dah lari berlari lari dan terus berlari.

P/s: Cowey pada kawan blogger sebab dah lama tak jenguk korang. Hope korang sentiasa sihat dan blog korang terus maju dan terus maju. Miss Yaty sentiasa support dari belakang.
:D

Thursday, December 9, 2010

McDonald Di Dungun Bersama My HouseMate

McDonald di Dungun!!


Pada 1 November 2010 McDonald telah di rasmikan di Dungun. McDonald ini berdekatan dengan bank islam di Bandar Dungun.


Konsep McD kat sini adalah konsep kontemporari. sangat lawa dan menarik. Memang McD ini agak kecil kalau di bandingkan dengan McD di Kerteh. Tapi pada hari perasmian itu separuh bangunan McD itu masih under construction.


Pekerja-pekerja McD pun masih belum cekap kerana sebahagian besar adalah pekerja baru. (ini dari pemerhatian saya). Pada 1 November itu saya,kak naim dan lyn dapat menjejakkan kaki di sana. Itupun adalah di sebabkan pelawaan cik Din dan jugak si cute Akmal.

Kami on je sebab kami memang dah lama tak makan dekat McD.


Masa ini memang tersangatlah nak makan Mcflurry! Tapi di sebabkan kekurangan duit hanya mampu beli sundae aje. Sundae pun sundaelah!hihi.


Tak snap pic masa ini sebab segan dengan mereka.hihi.




Second visit kami bertiga dengan 2 housemate kami, ain dan jugak nik. Kami pergi berlima dengan menaiki van pok din. Enjoy jugaklah kami masa ini. Dan sempatlah kami snap snap masa ini.

Kami berlima :)


Masa second visit ni kami jumpa baby girl yang sangat comey tomey! Kami ada snap pic baby cute ini juga.




Comey tomeykan??


Masa ni saya order spicy mchicken. Tapi kesudahan saya tak abis pun! Haha.aish buat malu aje makan tak abis. Best sangat sebab kami dapat buat kenangan bersama housemate sebelum berakhirnya semester ;))


Jom tengok kami bila dah gila bergambar. hihi







Teringin nak pergi wayang kat mesra mall tapi tak ada masa dan kekurangan duit. [duit lagi]. Sebenarnya lambat jugak kami tahu yang ada wayang kat mesra mall . Kami hanya tahu ada wayang sehari sebelum 1st paper final exam saya.


Dengarnya dah dekat sebulan dah wayang buka masa itu. Alahai punyalah tak tahu pape perkembangan dunia luar. Kehidupan kami hanya keluar rumah untuk pergi kelas sahaja. Kadang-kadang aje keluar rumah itu pun sebab nak keluar cari makan.hihi.



Sweet Memory at Dungun :)








p/s: Entry dah lama taip tapi tak jumpa gambar sebab lupa save kat mana. heheh.
  

Friday, December 3, 2010

Pengalaman Menyewa Rumah [Part 2]

Kalau nak tahu pengalaman semester pertama di SINI
  
Pengalaman menyewa pada semester kedua:



Pada semester kedua ini kami ingatkan kami akan berlimalah sebab dah malas nak cari orang lain. Tapi tetiba saya dapat message dari seorang kawan degree menceritakan masalahnya tak ada tempat tinggal. Jadi saya teruslah menyuruh dia menumpang rumah kami untuk sementara waktu. Pada waktu itu saya berada di KL. Ada majlis perkahwinan sepupu saya. 3 orang kawan saya dah ada kat rumah sewa masa itu jadi saya rogerlah mereka yang kawan kami akan menumpang rumah kami. Mereka bagi lampu hijau.



Akhirnya kawan kami yang itu menyewa jugak rumah kami memandangkan ayah dia telah membeli rice cooker dan perkakas lain untuk rumah kami. Owh lupa pulak rice cooker dan perkakas memasak  pada semester pertama kawan saya telah bawa sekali masa pindah jadi kami memang tak ada rice cooker pada semester kedua.



Bermulalah kehidupan kami berenam di semester kedua. Kawan kami yang baru masuk itu pun pandai masak dan jugak rajin masak. Jadi memang kami dapat makan jugaklah.



Lama kelamaan ada perselisihan faham lagi di rumah kami.hahaha. (asyik-asyik gaduh je kan). Tanpa kami sedari teriba je dah jadi macam 2 kumpulan(3 - 3) di rumah kami.



Pada akhir semester 3 orang dari member kami termasuklah kawan yang baru join rumah kami itu nekad nak pindah rumah jugak pada semester tiga nanti.



Berakhirnya semester 3 kami membawa haluan masing-masing.



Isk semester nilah semester paling saya kena kuat ;'(



Tapi saya bersyukur sangat kerana masih ada mereka di saat saya bersedih. Thank korang. I heart you!







ENTRY Auto Publish 

Sunday, November 28, 2010

Pengalaman Menyewa Rumah [Part 1]

Hai! Tetiba hari ini rasa nak share pengalaman saya menyewa rumah. Almaklumlah sudah menjangkau setahun setengah saya menyewa rumah kat dungun. :)
 

Pengalaman menyewa pada semester pertama:



Ha pada semester ini saya menyewa bersama 5 orang lagi kawan saya yang sama-sama diploma kat jengka dulu. Jadi kami berenam menyewa di kawasan perumahan di taman melati di dungun. Rumah itu jenis semi-deteched. Saiz rumah itu selesalah untuk kami berenam. Rumah itu ada 3 bilik tidur, 2 bilik air dan 1 dapur.



Masa mula-mula nak menyewa rumah ini memang kosong je. Hanya di beri 1 set meja makan yang ada 6 kerusi TANPA ada peti sejuk, mesin basuh dan dapur untuk memasak. Kami telah berunding dengan tuan rumah untuk memberi kami samaada peti sejuk atau mesin basuh. Tuan rumah akhirnya bersetuju menyediakan mesin basuh untuk kami. Owh ye sewa rumah kami RM500 sebulan. Tapi kami sepakat meminta RM120. Duit lebih untuk membayar bil api dan air dan juga barang-barang basah.



Memang kalau di bandingkan dengan rumah kawan-kawan saya yang lain rumah kami memang agak mahallah sebab tak fully furnished. Tapi Alhamdulillah kami selesa.



Kami sepakat mengumpul duit untuk membeli peti sejuk dan perkakas yang lain. Nasib baik jugaklah sebab salah seorang housemate masa itu ada membawa rice cooker dan perkakas memasak yang lain. Dapur memasak pulak sepupu saya dengan rela hati telah bagi pinjam pada kami sebab rumah dia ada 2 dapur memasak.



Akhirnya lengkaplah rumah sewa kami. Salah seorang kawan saya ini memang terer masak dan rajin memasak. Jadi agak kenyang jugaklah kami.



Pada akhir semester pertama antara kami ada perselisihan faham dan salah seorang kawan saya yang rajin memasak itu membawa diri pindah ke rumah yang lain. Tapi dia pergi membawa diri pada semester ke dua. Pada semester pertama kami masih berenam sampai akhir semester.





Dah penat taip. Nanti saya sambung Pengalaman menyewa semester kedua.

Thursday, November 11, 2010

Berakhirnya semester 2010

saya sudah merdeka! yahoo..gaye macam dah part 8 jep. apalah kau ni. tadi pun masa dalam dewan macam nak jerit je. just jerit lam hati jep.almaklum la. senior part 8 yang dah abis paper pun saya tengok tak jerit..hihi.


alhamdulillah. sume paper sudah selamat di terjahi. sekarang masanya untuk bertawakkaltua'laAllah.
saya dah melakukan yang terbaik dari yang terbaik. insyaAllah. 


saya kini berada di umah terchenta!


yeah!!
opss alhamdulillah..


tapi penat jelas terasa sekarang ni. tengah hari tadi lepas habis paper saya, lyn dan kak naim terus membusykan diri kami dengan mengemas umah. banyak barang2 umah kitorang tak kemas lagi. masing2 sibuk studi jep. tapi ada la jugak kemas sikit2 barang sendiri. tak sabar nak balik lah katekan..hihi


sebahagian barang umah yang kami rasa tak perlu dan menyukarkan kami nak bawak balik jadi kami tinggal kan kat umah tiah. nasib kami baik sebab tiah sanggup menumpangkan barang2 kami kat umah die. THANX TIAH! eh gaya macam die baca jep blog kau nih yaty..hik3.tak pelah,pape pun thnax sangat.


penat woo angkut barang2 tadi. 


selesai jep anta barang kat umah tiah giliran saya memenuhkan kereta dengan barang2 saya yang nak bawak balik. setel jep masukkan barang. saya, my sis dan jugak ayah saya pun bertolak balik. saya yang drive. (tak perlu gtaw pun takpe)hoho..


drive dalam keadaan kepenatan dan kelaparan!
sampai umah dalam pukul 5 petang.


dan sekarang saya di sini. umah ku syurgaku.


dan dah selamat memenuhkan peyot ku ni. itu pasti!

Friday, October 1, 2010

Projek Arab

wahaha..rasa nak update blog plak malam ni..sekarang da tepat kul 1...sok saya de test arab..tak habis study pon lagi ni..huhu..nk update jap je ni..nk tnjuk kt korang video arab untuk projek saya pada semester ni..jgn gelak plak tgk video ni taw.hihi...sgt sempoi je sb saya dan kawan2 saya wat last minutes..esok dah nak hantar baru hari ni kitorang setelkan projek tu..hihi..video ni just bahagian saya bercakap je..sebenarnya nak upload full video tapi lama plak nak kena tunggu..next time la plak saya upoload full video arab saya ni yea..ok lah..selamat menonton yea..





yaty thinks: korang tengok sampai habis tak? hihi..

Monday, April 26, 2010

i wish u...wish u....wish u all da besst!!!

gudluck
tuk sume2 kwn2 ku....
smoge kite di permudahkan menjawab sume paper sem ni...
insyaAllah...
da important is doa,studi n tawakkal...
rjin2 kn dri menunai kn sembhyang fardhu and sembhyang hajat n mgaji di musim final ni...
tuk mencari ketenangan diri...
special thanx to my frenz tqah sb sgup tlg send jwpn pas year tuk ak...
i will try my bes yangggg.....
to linda n k.naim.....
thanx sb sgup menerime ak mjadi shbt mu n syg korg...weee~~
gudluck
to DIA BATCH JULY 2006 (UITM JENGKA)
and
my BACC BATCH JULY 2009 (UITM DUNGUN)
and to all my other friends:))



Friday, February 12, 2010

Mid Term Break

finally mid term pn tibe!!! mmg ak terSANGAT hepi...hahahaa.. tp de asgmt la plak...kaco btol la lec nih!! mmg dgki tol...opss...,sowey pn zana n miz anita...guwaw jek...... :)

so, yati,jgn tguh2 wat asgmt yek!!!

bes ke cuti ni? ak pn xtaw la...org hepi ak pn hepi la...haha...pdhl sbnr nye da bpe mgu ak windu kt mok ak...hiiii~~

lola says: bes nye bce blog2 org len..mcm2 bnde dorg cite...da cm wat esei ak tgk...msti penulisan dorg dlu a+..huhuu


Wednesday, December 2, 2009

RESULT [Bacc part 4]

10hb DECEMBER 2009!!!
owh no!!!
mgu dpn jek lg...tu tarikh result ak kuar la...wiso gile r...jwb cm tah pape je ari tu...
siyez ak gtaw...skln deg mmg jgn amik mudah!!!
ni pengajaran ak dpt tuk sem ni...arap2 sem dpn ak xulang pe yg ak da wat sem ni...xsgup da ak!!!!