Friday, December 17, 2010

Reunionlah Pulak

Okay teramat happy (happylah jugak) sebab esok saya ada reunion PMR 2003 dan SPM 2005. Ni kiranya kali pertamalah batch kami nak buat reunion. Dah lama sangat tinggal alam sekolah. Dah genap 5 tahun tak jumpa kawan-kawan sekolah. Kalau bestfriend masih jumpalah tapi kawan-kawan yang lain dah lama tak jumpa.


Ada yang dah keje, masih belajar dan ada jugak yang dah kahwin. Yang kahwin tu takde lah ramai sangat. Baru 3 orang je kalau tak silap. Yang dah keje ramai jugak. Yang tanam anggur pun maybe ada. Syukur gak ada Facebook sebab dengan Facebooklah mudah nak berhubung dengan dorang balik. 

Saya ada jugak simpan no telefon kawan-kawan tapi jarang message sebab takde topik. Hhihi..Kadang-kadang je main forward message kat dorang.



Saya ni boleh di katakan rapat dengan semua orang jugak sebab saya ni cakap banyak. Potpet 24 jam. Maybe salah satu sebab saya mudah di kenali. Lagipun saya ni masa sekolah pernah duk kelas depan dan pernah jugak duk kelas tengah-tengah. Masa saya Form 3 dan Form 5 saya pernah duk asrama mungkin jugak sebab tu saya mudah nak rapat dengan semua orang kot. 


Jadi bertambahlah kawan-kawan saya masa sekolah. Gaya macam banyak sangat je kelas masa batch saya . Sebenarnya batch saya tak ramai sangat pun, masa PMR just ada 5 kelas dan SPM hanya 3 kelas. Tak banyak pun kalau banding dengan sekolah lain rasanya. 

Aduss tetiba datang perasaan malu nak jumpa dorang. Saya ni bukanlah ladies sangat masa zaman sekolah. Kasar. Hek eley macam sekarang ladies. =.="



Kantoi sudey saya sekolah agama dulu. wink3 :)




4 comments:

Heidi Shafiq said...

best dowh jpe kwn2 skowla balik.. :)

Shag said...

Hari ni lah jawabnya ye, Yaty? wahhh~ Semoga bergembira! :D

Miss Yaty said...

@heidi : yupp..memang best gile :)

Miss Yaty said...

@shag: aah petang tadi...best sgt sebab dapat jumpa dorang..nanti yaty nak update gmbr kat sne..hihi ;)