Wednesday, December 1, 2010

Review Movie Panas

Sepanjang blogwalking sampailah semalam, semua duk sibuk review movie je. Saya nak review movie pun tak boleh sebab tak tengok pun lagi. So saya just review melalaui pendapat bloggers lain. Cite yang tengah meletop deboom sekarang ni Harry Potter and The Deathly Hallows [Part 1] , Ngankung,  Dua Alam (meletup ke?) dan Rapunzel The Tangled Tale. 

Godek-godek blog Incik Ben dia cakap tak best. Maybe perempuan je kot suka katun macam ni. Sebab saya tak sabar gak nak tengok Rapunzel moden ni. Hihi. Sape tak kenal cik Rapunzel si rambut panjang mengurai dan cantik tapi memang semua cerita Fairytale perempuan cantik-cantikkan. Hii. Sebut pasal Fairytale teringat pulak lagu Taylor Swift Fairytale. 


Gambar dari google 


Next movie, Ngankung. Yang ni pun ramai duk review contohnya blog cik Epal. Entry cik Epal masa pegi tengok cite ni ada gmbar cun dia. Siyez cik Epal lawa gila pakai headband camtu! Isk jelez wei orang cantik-cantik ni. Jeles tu dengkilah kan? Eh tak baik tu cik Yaty. Syukur jela dengan apa yang ada. Eh lari topic ni. Cerita Nagangkung ni lawak hantu. Ish bab-bab hantu ni memang saya seriau sikit. Heheh. Penakut. Tapi tang lawak tu saya suka. Cerita ni pun macam best sebabnya Shaheizy Sam berlakon! Siyez kalau Shaheizy Sam berlakon memang tak pernah menghampakan. Cerita last saya tengok Shaheizy Sam berlakon Adnan Sempit. Tak kering gusi tengok cite tuh. Dah buat drama kan cerita tu tapi saya tak dapat tengok sebab kat rumah ni takde ASTRO. Sadis betul. Ada lagi watak dia dalam cite Jangan Pandang Belakang Congkak yang belakon dengan awok-awok geng Senario pun best jugak. (betul ke tajuk camtu?) Dahlupa . Senang cerita semua Shaheizy Sam berlakon memang best!

 Gambar dari google




Next, story paling panas di abad ni Dua Alam. Bukan panas sebab best tapi hangat dengan cacian dan makian dari semua orang pada cerita ni eh bukan pada Dr Rozmey. Dalam banyak-banyak blog yang review pasal ni hanya satu blog je yang saya jumpa review cerita ni boleh tahan dan ada maksud tersirat. Pegilah terjak blog cikgu Fiq. Bayangkan masa dia pegi tengok wayang cerita tu hanya 8 orang je tengok cite tu dalam panggung yang besar gedabak. Kesian Dr Rozmey. Kesian ke? Heheh. Saya ada jugak terdetik nak tengok cerita ni sebab Aaron Aziz yang berlakon. Sikacak Biore for men ni memang meluruhkan hati jantung saya. Sebab dia macho dowh! Tengok tak watak dia dalam Pisau Cukur? Sangat machosess.

 Gambar dari google


Harry Porter memang cite yang di nantikan pada semua peminat novel dan movie ni termasuklah saya. Memang tak penah terlepaslah tengok pelakon David Radcliffe ni menari berlakon. Masa awal-awal pembikinan movie ni lagi saya dah ikuti. Betapa hebatnya movie omputes ni sebab sampai sanggup buat pencarian orang yang muka serupa dengan imaginasi si penulis novel HP J.K. Rowling. Lepas tu memang teruja nak tengok cite ni. Ayah saya pun peminat setia cite ni. Tapi kitorang tengok dalam VCD je. Heheh. Harry porter yang ke enam ni dah makin ke penghujung cite dah. Sebab tu agaknya dorang buat movie ni sampai ada Part 1 dan Part 2. Trick gila nak curik hati penonton movie ni. Overall yang review cite ni memang cakap best dan semakin hebat dari movie HP yang sebelum ni. Makin nak tengok cite ni wes. Sabar sabar ye cik yaty.

 Gambar dari google
 

Narnia and The Voyage of The Dawn Treader dah di tayangkan kat wayang kan? Nak tengok bloggers review apa pulak pasal movie ni. Kalau korang rajin tengok nanti reviewlah ye. Hihi

 Gambar dari google



Esok pun movie " Aku Tak Bodoh" akan di tayangkan. Apa lagi pergilah tengok. hii~ 


Malam ni nak cuba update pengalaman first day hari praktikal. :) 

12 comments:

Aanis Alexis said...

dgn ini, sy terpaksa membuat pilihan utk tgk muvie yg mne satu idaman kalbu. hahahaha~

p/s: pokai r nk tgk sume kn. Kang org kaunter naek jemu plak tgk muka kite.

Iris Asli said...

produktif betul industri perfileman time hujung2 thn kan. mentang2 byk cuti.

have u seen video utube parody hitler mrh pasal kutipan tak smpai target lgsung tu? kelakar tau. duh. but aaron tu mmg hensem n sweet dlm pisau cukut. admit that =)

♥ Roshazzy Shag ♥ said...

Alaa. Dah lame tak jenguk GSC berdekatan. Mesti dorang rindu Shag yang dulu aktif gila lawat dorang :P

syazwan safwan said...

Dulu sy ni mmg peminat movie2..ada beribu movie dalam hard disk..mmg kumpul movie..last2..kene virus..x semangat terus kumpul movie..abis hilang semua..haha..

ferry said...

adui..harry potter dgn narnia lom tengok lagih..masa untuk download..yeahh!!1

Far8 budak baik said...

farid dah tgk cite ngkung ku..
lawak gilee..yg lain belum..
hehe

Miss Yaty said...

@kak aanis: betul3...hihi...kalau sume pun nak tgk memang pokai la jawab nye..huhu

Miss Yaty said...

@iris: betul tu iris..memang pndai dorang pilih promosi filem..hihi

lum tgk lagi kat utube..thanks for share ;)

aaron sangat ensem plus macho!:)

Miss Yaty said...

@shag: haha..confirmlah GSC windu shag..hihi ;p

Miss Yaty said...

@wan: kesiannya..itu yang geram bila ada virus lam external, laptop atau pun pendrive. sume software kita simpan jadi hilang dan rosak..

Miss Yaty said...

@ferry: cepat2..cepat download...hahah;p

Miss Yaty said...

@far8: at least far8 dah tgk gak salah satu filem ni..yaty tak tgk satu pun lagi..hihi ;)