Sunday, January 23, 2011

Qi Blogger Boy Dan Yuna Gadis Semasa Sedang Bercinta?

Drama Blogger Boy yang sedang di tayangkan di TV3 sekarang ni dah lama dah di tayangkan di 8TV. Rasanya dah ramai tahu dan tengok drama ni. Bagi Miss Yaty cerita Blogger Boy ni memang best dan unik.

gambar pelakon drama blogger boy qi qushairi nas t dan julie woon
Drama Blogger Boy Best!

Miss Yaty dan Cik Tom sanggup download drama ni di 8TV sebab nak tengok drama ni punya pasallah. Kitorang tak tidur malam sebab nak habis kan drama Blogger Boy ni.

Bukan setakat 1st Season je Miss Yaty download siap 2nd Season lagi taw. Bagi Miss Yaty Qi Blogger Boy ni memang mamat sempoi. Owh ye salah satu sebab Miss Yaty minat drama ni bukan sebab jalan cerita best je tapi di sebabkan Nas-T pun ada berlakon walaupun beliau cuma memegang watak sampingan Miss Yaty layan je sebab kalau Nas-T berlakon memang best. 

Miss Yaty kenal Nas-T sebab dia berlakon dalam drama best dulu tu K.A.M.I. Kisah remaja yang banyak hadapi masalah hidup dan terlampau mencari hiburan. Siyez cerita ni pun Miss Yaty suka. Memang cerita ni tak bagus dan tak di galakkan untuk tengok jugak sebab kisah sosial terlampau bagi Miss Yaty. Tapi itulah realiti dunia sekarang. 

Drama macam tulah yang remaja sekarang makin suka tengok contoh terdekat Miss Yaty sendiri. Yang bahagian bersosial tu Miss Yaty tak sokong ye Miss Yaty suka cerita K.A.M.I ni sebab cerita remaja yang tak lari dari masalah dan dugaan hidup dan remaja memang terlampau suka mengikut kata hati.

Miss Yaty tak nak cerita pasal drama K.A.M.I. sebenarnya. Okay berbalik cerita pasal Blogger Boy memang Miss Yaty suka sangatlah tengok drama ni ye. Watak Qi yang jadi cikgu memang slumber sebab tulah sampai kan ada student boleh terjatuh cinta pada  Qi. 

Nasib baiklah Qi bukan cikgu tuisyen Miss Yaty kalau tak Miss Yaty pun boleh jatuh cinta. Haha. Tipu je. Dia bukan taste Miss Yaty. Miss Yaty tak suka lelaki rambut panjang. HAHA.

gambar qi qushairi comel
Eh macam comel plak bila Qi pakai cap

Tapi Miss Yaty suka sangat bila dapat tahu Yuna dan Qi sekarang dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Maksudnya mereka sedang ada apa-apa lah kan?

Bagi Miss Yaty dorang memang macam serasi je. Tak tahulah kenapa Miss Yaty rasa macam tu. Tapi Miss Yaty akan doakan mereka memang ada jodoh dan kekal ke jinjang pelamin. Amiin.


gambar yuna dan qi blogger boy di arena star
Haa borak pe tu Miss Yaty nak tahu jugak. Hihi

16 comments:

nazirulhazwan~ said...

qi tu bukan emsem pon, haih

diana said...

akak tak pernah tengok drama ni..
jarang la layan drama..
lagi satu malas tengok drama sebab iklan suka kacau..
hhahaa

-telordibasuh- said...

oooo stalker QI hahahaa..

niesz said...

dgr cite pon mcm tu..aritu tgk kat tv, Qi ni ckp mcm serious je..

JIJI YU said...

eheheh ..ok die ensem

Puan Besar Shag Yahaya said...

Yaty sayam! Kiki. Shag pom minat nas-T! pasal dia Shag tgk KAMI. Pasal dia jugak Shag tgk Blogger Boy. Dan pasal dia lagi Shag tgk 6 Progresif. Tapi, tak minat cerita Rafeeq kat ASTRO ceria sbb macam apa je cerita tu =.='

Solihin Zubir said...

yuna makin cantik!
geram plak tgok!
rasa cam dh jatuh cinta.. haha.. ;-p

Matika said...

akak tolong..
mslah lama kembali blik..
doule entry..

najihah sahami said...

mish ade ternampak gambar diorang kat majalah kosmo aritu.pelik gak mula2 sebab Mish xkenal Qi tu.hehe..ni baru tau yang die tu pelakon..

sissyira said...

salam

maaf ye...agak ketinggalan disini...tahu tajuk tu, tapi tak pernah tengok.huhuhu...

Raji berkata said...

oh yker...
kne potong rmbut pendek lah lepas nih xD

aibaks said...

ok pe dorang tu..

Darkbatman said...

hahaha.. xtau nk komen ape..xminat qi 2.

Heidi Shafiq said...

aku dh lame cr link nk download citer ni tp x dpt la. sedih..

Ujang9897 said...

gua jeles..ish

yad'z said...

ow... tengok blogger boy ye... hehehe... dah sudah construction dah... hehe... malas dah nak usik lagi... makin buruk jadik nyer.. hehe