Friday, April 22, 2011

Sinopsis Sinetron Nikita | Gambar Pelakon Nikita | TV9

Assalamualaikum semua. Korang suka tengok cite Indonesia tak? Kalau suke mesti korang tak lepaskan peluang untuk tengok sinetron terbaru yang di siarkan di TV9 bertajuk Nikita. Sinetron ni memang best dan menarik jugak sebab lakonan pelakon utama bernama Nikita Purnama Willy aka Nikita Willy ni memang sudah di kenali ramai. Antara sinetron yang pernah Nikita berlakon adalah 'Sofa dan Marwah' dan 'Putri yang ditukar'.

 Jom Pergi Bengkel Hijab Sunsilk

Sinetron terbaru yang disiarkan di TV9 ni mula di tayangkan pada 7hb April 2010. Keseluruhan episod Nikita ni ialah 126 episod. Silalah tengok dengan sabar cite ni ye. Hihi.


Antara pelakon utama dalam sinetron ni ialah Nikita Willy, Dude Harlino, Jonas Rivanno, Dirly Idol, Cathy Sharon dan Asmirandah.

Pelakon utama yang macho gitu! :)

Dude Harlino aka Donny

 Nikita Purnama Willy or well known as Nikita Willy




SINETRON NIKITA (TV9)

Hari Tayangan: setiap isnin hingga jumaat

Masa Tayangan: 5.30 petang

Mula Tayangan: 7hb April 2010

Episode: 126 Episode.

Pelakon: Dude Harlino, Nikita Willy, Jonas Rivanno Wattimena, Dirly Idol, Cathy Sharon dan Asmirandah

Dilanjutkan : Nikita 2

Sumber: indonesia wiki




Nikita (Nikita Willy) ialah seorang gadis yatim piatu yang baik hati dan pantang menyerah pada takdir. Malang telah menimpa pada Nikita apabila dia di timpa kemalangan yang mengakibatkan matanya menjadi buta. Nikita sering berulang alik ke hospital untuk mencari penderma mata untuk mengubati matanya itu.

Setelah 7 tahun berlalu, Niki masih belum menjumpai penderma mata. Niki mempunyai seorang shabat baik bernama Lani ( Jessica Mila) yang sentiasa berada di sisinya. Setelah menunggu sekian lama akhirnya Niki menjumpa seseorang yang sudi menderma mata pada Niki iaitu Doktor Prytha ( Cathy Sharon). Doktor Prytha telah mendermakan matanya pada Niki setelah mengalami kemalangan bersama Arven ( Dirly Idol) yang mengakibatkan Doktor Prytha meninggal.

Setelah Niki mendapat mata pemberian Doktor Prytha, keluarga Doktor Prytha tidak dapat memaafkan Niki kerana mereka menyalahkan Niki di atas kematian Doktor Prytha. Keluarga Doktor Prytha merasakan punca Doktor Prytha meninggal adalah kesalahan Niki. 

Kisah silam keluarga Doktor Prytha yang masih di sembunyikan adalah beberapa tahun lalu adik Doktor Prytha pernah mati selepas hilang di bawa arus sungai. keluarga Doktor Prytha terpaksa menerima kenyataan bahawa mereka kehilangan seorang lagi anak perempuan dalam keluarga mereka. Sekarang mereka hanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Vano ( Jonas Rivanno). Ibu Doktor Prytha, Diana ( Lydia Kandou) sering mengigau memanggil nama Prytha manakala ayah Prytha, Pak Tegar (Anwar Fuady) hanya mampu memandang isterinya dengan sedih dan pilu. 

Donny (Dude Harlino) baru saja kembali dari Amerika. Tujuan Donny kembali ke Jakarta adalah kerana ingin menyatakan cintanya pada Prytha. Keluarga Donny yang merupakan pengusaha yang kaya-raya ingin menjodohkan Donny dengan Belinda (Raya Kohandi), yang merupakan anak seorang walikota. Tapi Donny menolaknya tanpa mengetahui bahawa Prytha sudah meninggal.

Niki yang sudah boleh melihat telah berusaha keras untuk mencari siapakah penderma mata padanya. Setelah mengetahui mata itu adalah pemberian Doktor Prytha, Niki telah pergi ke rumah Doktor Prytha untuk mengucapkan terima kasih. Ketika itu 40 hari pemergian Doktor Prytha. Tetapi sampainya Niki du rumah Doktor Prytha, Arven telah mengatakan pada semua orang yang hadir bahawa Niki adalah punca kematian Doktor Prytha. Niki telah di maki oleh seluruh keluarga Prytha tanpa mereka ketahui bahawa Niki adalah anak mereka yang hilang di hanyut sungai suatu ketika dulu. Niki amat terkejut dan tidak menyanka bahawa dirinya penyebab kematian Doktor Prytha.

Suatu hari Niki telah menggantikan Belinda untuk menemui seseorang sebagai menebus kesalahan. Niki begitu terkejut setelah mengetahui lelaki tersebut adalah Donny. Donny tidak terkejut kerana dia tidak menyangka gadis yang sering dia temui itu merupakan anak walikota. Niki dan Donny menjadi semakin rapat. Tetapi Niki rasa bersalah kerana menipu Donny. Belum sempat Niki menceritakan hal sebenar, Belinda terlebih dahulu menceritakan hal sebenar dan menabur fitnah pada Niki. Donny merasa sangat marah dan meninggalkan Niki dengan perasaan yang amat kecewa.

Niki sering bertemu Vano. Pada awalnya Vano begitu membenci Niki kerana merasakan Niki merupakan punca kematian kakaknya, Prytha. Namun lama kelamaan kebencian itu berubah menjadi cinta. Vano mula berusaha untuk menambat hati Niki tanpa mengetahui Niki adalah adik kandungnya. Setelah mengetahui Niki adalah adik kandungnya, Vano mula pasrah dan marah apabila sering melihat Niki berjalan bersama Donny. Namun kemarahannya mula hilang apabila Vano berjumpa Doktor April (Asmirandah).




Masalah baru mula timbul apabila Diana, ibu kandung Niki terkena penyakit Alzheimer dan mula lupa bahawa Niki adalah anak kandungnya. Diana mula membenci dan memarahi Niki di atas kematian Prytha. Masalah lain mula menimpa ketika Arven dan Lani ingin menikah dalam 3 hari lagi. Lani telah maeninggal di sebabkan kemalangan ketika ingin berjumpa Niki. Arven kembali marah dan menuduh Niki adalah punca kematian Lani dan telah membunuh kedua orang kesayangannya (Prytha dan Lani). 



Apa yang berlaku seterusnya?? Korang layanlah pulak cite ni di TV9 ye. Tak bestlah bila dah tahu semua jalan cite nye kan. Hihi. 

Jonas Rivanno aka Vano :)

Miss Yaty suka tengok Sinetron ni sebab Vano sangat hensem! :)

9 comments:

Taufiq Wr said...

nikita ni lawa sangat..lebih2 lagi bila berlakon jadi safa..rasa macam nak buat bini..hahaha

DeCrewz said...

Suka tgk dude harlino berlakon.. Mantop beb..he3

Firdaus Kasim said...

byknya citer indon skang

x taw nk tgk mana satu.. hehe

yati, abg dah bg credit kt cik tom. thanks

Entri terkini :
Kuasa Facebook dan Twitter Dalam Blog

Solihin Zubir said...

comel la Nikita.. :D

jaa64 said...

DULU2 suka gk citer indon..skang da lama tak tgk..huhu

Woofer Storm said...

hati sy dah ditambat oleh asmirandah zantman..ehheeeee lagi2 bila bertudung,anggun.kan bgus kalau bertudung terus,.suka lagu dia bunga2 cinta

Farhan Zulhusmi said...

best ke citenya miss yaty....untung dapat tgk kan..emmm...
farhan xdapat tgk.....

CIK TOM said...

vano encem la...hee

Matika said...

pelakon laki tu mcam mamat..he3