Friday, June 3, 2011

Praktikal Training Tamat | Kawan Baik Ku Bertunang

Assalamualaikum semua. 

Hari ni 3hb June 2011. 3 hari sebelum tu 31 May 2011 adalah hari terakhir Miss Yaty praktikal. Tapi hari yang sepatutnya last keje tu tak menjadi hari last sebab tetiba boss Miss Yaty offer keje last minute pada 16 May hari tu. Terkejut jugak dan berbelah bagi sebab pikir da malas nak keje dan nak rehat je lepas ni. Tapi lepas pikir dan berbincang dengan family Miss Yaty buat keputusan tuk terima keje kat situ.

Tapi kan rasa macam jelez plak bila member yang tak sambung keje dapat relax kat rumah. Tapi bila pikir nak tunggu sampai bulan 9 memang lama lagi lah kalau tak de keje pape kan. Lagi - lagi pasal duit. Takkan takde duit belanja langsung memang masalah besar tu pada si boros. Hihi

Miss Yaty bertuah dapat keje kat situ sebab ada staff nak berhenti keje sebab dapat offer keje kat lain. Rezeki dia dan rezeki Miss Yaty jugak lah kan. Huhu.

Hari ni 3hb June 2011 adalah hari pertunangan kawan baik Miss Yaty. Dia ni kawan baik Miss Yaty dari sekolah menengah lagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar petang tadi. Mereka di jangka akan melangsungkan perkahwinan lepas raya tahun ni. InsyaAllah.

Hepy sangat dapat jumpa mereka bertiga tadi. Memang bestkan bila dapat jumpa kawan-kawan dan berborak macam-macam cerita. Semoga persahabatan kami tetap berkekalan selama-lamanya. Amiin.

Cek Nuffnang dah sampai semalam. Yeah! Boleh shopping. Ngee~



P/s : Mood Miss Yaty tuk berblog dah lari berlari lari dan terus berlari.

P/s: Cowey pada kawan blogger sebab dah lama tak jenguk korang. Hope korang sentiasa sihat dan blog korang terus maju dan terus maju. Miss Yaty sentiasa support dari belakang.
:D

10 comments:

Kalamhati said...

welkam back yatt!=)

aku_azreen said...

aku sokong..duit mmg penting!!!

JIJI YU said...

dasat gak blok ko..leh dapat nuff jugak eh..kalopon tak hapdet..eheh..ajor aku.

DeCrewz said...

Patut la lama menyepi... Kitowang semua rindu sama miss yaty..he3

Iznie said...

alhamdulillah...sampai jugak jodoh kawan yaty tu ek....
(haha, ayat bajet macam kenal) kui3

takpe, nnti yaty blogwalking la...iznie pun malas nak blogwalking....baru start balikk jer ni....


p/s : cek nuffnang iznie pun dah sampai....hehe. jom enjoy~!!

support yaty juga...dari hadapan skrin laptop~!

Matika said...

huhu..yeahh..akak dah hbis pratikal...lpas ni dh boleh berblog balik..huhu

akak mamat nk letak banner akak kt dalam blog mamat..cmne nk dapat kn kod tu

Raji and Yeen said...

woahhhh tahniah...
murah rezeki tu habis praktikal dan dpt cek nuffnang.. ;D
lps ni kau plak yg bertunang kan -.-?

aLieF si Muncung ManiS said...

selamat bertunang kawan yaty..semoga kawan yati kekal bahagia..yati ,,bila lagi nak tunang??hehe.btw,,selamat berkerja..:P

nukilanaffiza... said...

best nya dapat cek dari nuffnang...abg fenn ni tak bila ntah ..huhuhu

najihah sahami said...

hoho...yaty bila lg nk bertunang?