Friday, December 31, 2010

Pengalaman Praktikal Siri ke 3

Semalam saya ada bagi tahu dalam entry INI yang saya sekarang makin penat bekerja kan. Jom baca kenapa saya makin busy dan penat. 


Dah lama tak cerita pasal praktikal saya kan. Lepas entry Pengalaman Praktikal Siri 1 dan Siri 2 saya terus membebel pasal lain. Takde pe nak share sangat masa minggu 1 dan ke 2. Masa minggu 1 dan ke 2 saya di ajar membuat daily balance sheet. Memang best sangat sebab dapat belajar buat akaun secara live. Tapi masuk minggu ke dua dah jadi bosan sebab benda tu je saya belajar yang selebihnya saya bantu bahagian admin record payment voucher, scans, report dan filing. Masuk minggu ketiga Cik Ros mengarahkan saya belajar di bahagian lain.
                                                                                                                                      
Cik Ros cakap saya elok belajar semua bahagian jadi saya kena belajar kat bahagian cheque dan Central Depository System (CDS). Apa itu CDS? Nanti lain kali saya cerita. Saya dah rasa lain macam je bila saya kena belajar semua bahagian. Rupanya betul apa saya fikirkan. Rupanya saya ni di jadikan sebagai back up untuk staff bahagian tu kalau tetiba ada staff cuti.

Saya terima je sebab saya mana ada hak nak bantah. Saya redha je tak dapat belajar bahagian akaun dah. Tapi sedih pun ada sebab saya minat akaun dan ingin belajar akaun bukan nak belaajr bahagian-bahagian tu. Dah masuk minggu ke 4 ni Alhamdulillah. Saya terima je dan best jugak bahagian-bahagian ni.

Tapi banyak benda kena ikut (itu semestinya) tapi lebih kena berhati-hati. Salah key in atau record memang kena buat balik dari awal lah. Kat bahagian-bahagian ni memerlukan saya banyak berjalan dan naik turun tangga. Kena naik tangga untuk minta verified cheqeu, nak potostat, nak ambil cheqeu dan lain-lain.

Macam mudah tapi penat tu tak terkata. Masa awal-awal hari tu okay lagi tapi lepas ada staff berhenti kerja semalam kerja saya makin susah dan bertambah. Yang paling menguji kesabaran kena melayan kerenah client yang kena berurusan di bahagian CDS.

Sejak semalam penat tu tak hilang-hilang lagi. Kak yany bagi tahu sekarang ni kira sikit lah client kalau nak compare zaman kegemilangan company ni dulu. Fuh nasib baiklah tak ramai  client macam tu kalau tak mahu tercabut kaki saya nak naik turun tangga banyak kali setiap hari.

Ada staff berhenti kerja kat bahagian CDS maknanya tugas dia saya kena ambil alih. Hukhukhuk. Tapi alhamdulillah Cik Ros bertimbangrasa jugak sebab bagi saya elaun sepanjang praktikal ni. Syukurlah. ^___^

Owh penatnya bekerja. 3 hari ni nak rehat puas-puas.

muka teruja. mencik!


10 comments:

Chaoi said...

praktikal bape lama ek?hehe..tibe2 tanye,,xper kan..

Zeanne said...

sabr jelah kerja banyak yer..hehe

Admin said...

kitew bawu nk prktkum kli ptama,
argh takot...! huk3~


*^_^*
Dipersilakan jenguk:
Sila Baca Jika Follower anda kurang daripada 300 orang

Ana syaiza - chan said...

alarrr...msty sdih kan xdpt bljr bahagian akaun...ceja pun bljr amik aliran akaun gakk..tuh merupakn subjek yg diminati uh..hehe... :))

-telOrDibAsuh- said...

yaty elaun brape dapat hehehe
btw..slamat tahun baru

KNS said...

dapat elaun..bersyukur nyee
sebb kbnykn prktikl xbg pape elaun =(

Muhammad said...

akaun susah tu..
huhu
xreti mamat..
mamat n pilih jurusan kulinari lepas SPM ni..
Nak jadi chef...he3

sarah-najwan said...

xpe..biasalah prektikal yaty..

selamat maju jaya dlm prektikal dan selamat tahun baru 2011

Ain Zulaikha said...

biar betul praktikal boleh penat macam ni T_T takut nak praktikal lah pulak ni.. huhuhuhu


terima kasih komen entry saya tajuk help me! help me! :) Selamat tahun baru :)

Puan Besar Shag Yahaya said...

Bila tengok spek Yaty, Shag teringat kata2 doktor time p medical check up tu. Shag kena pakai spek jugak. Uhuk =.="

Oh ya, Yaty. Thanks a zillion sebab kasi pendapat semalam pasal UiTM dgn UniKL tu. Shag dah ada keputusan. Harap yang betul!

Aku dah berkeputusan