Saturday, April 30, 2011

Praktikal Bulan ke-5 | 1 Month To Go

Salam sayang semua. Gembiranya hari ni sebab dah genap 5 bulan Miss Yaty praktikal dan sekarang tinggal 1 bulan lagi Miss Yaty menghabiskan praktikal. Banyaknya pengalaman Miss Yaty sampaikan takde masa nak share.
Tapi yang pasti mula-mulanya bosan dan jadi makin menggembirakan lagi-lagi lepas ada 3 orang staff baru masuk. 3 3 orang tu gadis dan mereka lagi muda dari Miss Yaty. Baru nak budget paling muda kat pejabat tapi dorang dah ambil alih title Miss Yaty yang baru pegang selama sebulan kat situ. Hihi.
Mereka bertiga ni mula bekerja pada bulan February. Dorang ni panggil Miss Yaty dengan panggilan 'kak yaty'. Rasa sudah diriku makin matang. hakakak. Panggil cam tu pun leh budget matang ke??
Takkanlah. hihi. Tapi rasa macam dah sangat tua dah padahal Miss Yaty masih muda okay. 23 tahun muda lagi kan. Tapi nak kahwin masa umur ni pun boleh. kan kan kan.
Dah datang dah mood menggatal tu. Haha.
Okay-okay sila sedar diri ye Miss Yaty, awak tu ada satu semester lagi untuk habiskan Bachelor in Accountancy ni. So sila pandang ke depan dan achieve your goal for your bright future. 

I will. InsyaAllah. (^_^)

Friday, April 22, 2011

Sinopsis Sinetron Nikita | Gambar Pelakon Nikita | TV9

Assalamualaikum semua. Korang suka tengok cite Indonesia tak? Kalau suke mesti korang tak lepaskan peluang untuk tengok sinetron terbaru yang di siarkan di TV9 bertajuk Nikita. Sinetron ni memang best dan menarik jugak sebab lakonan pelakon utama bernama Nikita Purnama Willy aka Nikita Willy ni memang sudah di kenali ramai. Antara sinetron yang pernah Nikita berlakon adalah 'Sofa dan Marwah' dan 'Putri yang ditukar'.

 Jom Pergi Bengkel Hijab Sunsilk

Sinetron terbaru yang disiarkan di TV9 ni mula di tayangkan pada 7hb April 2010. Keseluruhan episod Nikita ni ialah 126 episod. Silalah tengok dengan sabar cite ni ye. Hihi.


Antara pelakon utama dalam sinetron ni ialah Nikita Willy, Dude Harlino, Jonas Rivanno, Dirly Idol, Cathy Sharon dan Asmirandah.

Pelakon utama yang macho gitu! :)

Dude Harlino aka Donny

 Nikita Purnama Willy or well known as Nikita Willy




SINETRON NIKITA (TV9)

Hari Tayangan: setiap isnin hingga jumaat

Masa Tayangan: 5.30 petang

Mula Tayangan: 7hb April 2010

Episode: 126 Episode.

Pelakon: Dude Harlino, Nikita Willy, Jonas Rivanno Wattimena, Dirly Idol, Cathy Sharon dan Asmirandah

Dilanjutkan : Nikita 2

Sumber: indonesia wiki




Nikita (Nikita Willy) ialah seorang gadis yatim piatu yang baik hati dan pantang menyerah pada takdir. Malang telah menimpa pada Nikita apabila dia di timpa kemalangan yang mengakibatkan matanya menjadi buta. Nikita sering berulang alik ke hospital untuk mencari penderma mata untuk mengubati matanya itu.

Setelah 7 tahun berlalu, Niki masih belum menjumpai penderma mata. Niki mempunyai seorang shabat baik bernama Lani ( Jessica Mila) yang sentiasa berada di sisinya. Setelah menunggu sekian lama akhirnya Niki menjumpa seseorang yang sudi menderma mata pada Niki iaitu Doktor Prytha ( Cathy Sharon). Doktor Prytha telah mendermakan matanya pada Niki setelah mengalami kemalangan bersama Arven ( Dirly Idol) yang mengakibatkan Doktor Prytha meninggal.

Setelah Niki mendapat mata pemberian Doktor Prytha, keluarga Doktor Prytha tidak dapat memaafkan Niki kerana mereka menyalahkan Niki di atas kematian Doktor Prytha. Keluarga Doktor Prytha merasakan punca Doktor Prytha meninggal adalah kesalahan Niki. 

Kisah silam keluarga Doktor Prytha yang masih di sembunyikan adalah beberapa tahun lalu adik Doktor Prytha pernah mati selepas hilang di bawa arus sungai. keluarga Doktor Prytha terpaksa menerima kenyataan bahawa mereka kehilangan seorang lagi anak perempuan dalam keluarga mereka. Sekarang mereka hanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Vano ( Jonas Rivanno). Ibu Doktor Prytha, Diana ( Lydia Kandou) sering mengigau memanggil nama Prytha manakala ayah Prytha, Pak Tegar (Anwar Fuady) hanya mampu memandang isterinya dengan sedih dan pilu. 

Donny (Dude Harlino) baru saja kembali dari Amerika. Tujuan Donny kembali ke Jakarta adalah kerana ingin menyatakan cintanya pada Prytha. Keluarga Donny yang merupakan pengusaha yang kaya-raya ingin menjodohkan Donny dengan Belinda (Raya Kohandi), yang merupakan anak seorang walikota. Tapi Donny menolaknya tanpa mengetahui bahawa Prytha sudah meninggal.

Niki yang sudah boleh melihat telah berusaha keras untuk mencari siapakah penderma mata padanya. Setelah mengetahui mata itu adalah pemberian Doktor Prytha, Niki telah pergi ke rumah Doktor Prytha untuk mengucapkan terima kasih. Ketika itu 40 hari pemergian Doktor Prytha. Tetapi sampainya Niki du rumah Doktor Prytha, Arven telah mengatakan pada semua orang yang hadir bahawa Niki adalah punca kematian Doktor Prytha. Niki telah di maki oleh seluruh keluarga Prytha tanpa mereka ketahui bahawa Niki adalah anak mereka yang hilang di hanyut sungai suatu ketika dulu. Niki amat terkejut dan tidak menyanka bahawa dirinya penyebab kematian Doktor Prytha.

Suatu hari Niki telah menggantikan Belinda untuk menemui seseorang sebagai menebus kesalahan. Niki begitu terkejut setelah mengetahui lelaki tersebut adalah Donny. Donny tidak terkejut kerana dia tidak menyangka gadis yang sering dia temui itu merupakan anak walikota. Niki dan Donny menjadi semakin rapat. Tetapi Niki rasa bersalah kerana menipu Donny. Belum sempat Niki menceritakan hal sebenar, Belinda terlebih dahulu menceritakan hal sebenar dan menabur fitnah pada Niki. Donny merasa sangat marah dan meninggalkan Niki dengan perasaan yang amat kecewa.

Niki sering bertemu Vano. Pada awalnya Vano begitu membenci Niki kerana merasakan Niki merupakan punca kematian kakaknya, Prytha. Namun lama kelamaan kebencian itu berubah menjadi cinta. Vano mula berusaha untuk menambat hati Niki tanpa mengetahui Niki adalah adik kandungnya. Setelah mengetahui Niki adalah adik kandungnya, Vano mula pasrah dan marah apabila sering melihat Niki berjalan bersama Donny. Namun kemarahannya mula hilang apabila Vano berjumpa Doktor April (Asmirandah).




Masalah baru mula timbul apabila Diana, ibu kandung Niki terkena penyakit Alzheimer dan mula lupa bahawa Niki adalah anak kandungnya. Diana mula membenci dan memarahi Niki di atas kematian Prytha. Masalah lain mula menimpa ketika Arven dan Lani ingin menikah dalam 3 hari lagi. Lani telah maeninggal di sebabkan kemalangan ketika ingin berjumpa Niki. Arven kembali marah dan menuduh Niki adalah punca kematian Lani dan telah membunuh kedua orang kesayangannya (Prytha dan Lani). 



Apa yang berlaku seterusnya?? Korang layanlah pulak cite ni di TV9 ye. Tak bestlah bila dah tahu semua jalan cite nye kan. Hihi. 

Jonas Rivanno aka Vano :)

Miss Yaty suka tengok Sinetron ni sebab Vano sangat hensem! :)

Thursday, April 21, 2011

Biodata Mizz Nina dan Perancangan Kahwin Mizz Nina Bersama Noh Hujan


Assalamualaikum semua. Nak share sikit kat korang biodata Mizz Nina. Tunang Noh Hujan yang macho tu. Mesti ramai dah tahu kan Mizz Nina dan Noh dah pun bertunang. Percintaan Noh dan Mizz Nina tak lama pun sebab rupanya mereka bercinta lepas mereka buat lagu duet lagu KURNIA sama. How sweet kan.

Moh le kita baca sikit biodata Mizz Nina ni. 

NAMA SEBENAR: Shazrina Azman

NAMA KOMERSIAL: Mizz Nina
TARIKH LAHIR: 1 Julai 1980
USIA: 30 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Model, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan usahawan
PENDIDIKAN: Ijazah Pengajian Media dan Perhubungan Awam di sebuah universiti di Australia
STATUS: Bertunang dengan Noh Hujan laa.
ALBUM SOLO: What You Waiting For (2010)
ALBUM BERKUMPULAN: (Bersama Teh Tarik Crew) EP Are We Rap Stars now (1999), Album pertama, How’s The Level? (2002) dan What’s Next (2004)


Miss Yaty tak sabar nak tunggu wedding dorang ni. Bayangkanlah Mizz Nina dan Noh akan diraikan dalam tiga majlis. Bukan satu ye tapi tiga. 



Pada 3 Julai di Hotel Shangri-La yang di buat khas untuk kenalan VVIP, pada 6 Julai di Hotel Double Tree, untuk meraikan kawan rapat dan media dan yang ketiga pada 15 Julai di Miri, Sarawak untuk keluarga Noh.





Mereka akan dinikahkan pada 1 Julai tahun ini, Mizz Nina dan Noh akan diraikan dalam tiga majlis resepsi iaitu pada pada 3 Julai di Hotel Shangri-la, yang dibuat khas untuk kenalan VVIP, pada 6 Julai di Hotel Double Tree, untuk meraikan kawan rapat dan para media dan pada 15 Julai di Miri, Sarawak untuk keluarga Noh di sana.
“Untuk resepsi pertama, saya pilih tema tradisonal berwarna ungu, manakala resepsi kedua kami akan mengambil konsep Jepun supaya ia nampak lebih santai. Saya dan Noh sukakan barangan Jepun, jadi kami gunakan alasan itu untuk dijadikan tema untuk resepsi kami bersama rakan-rakan dan media. Resepsi di Miri diuruskan oleh Noh dan kakaknya, jadi saya masih tidak tahu apa yang dirancang oleh mereka." -Mizz Nina


Wednesday, April 20, 2011

Luahan Hati Di Malam Hari

Salam sayang semua. Korang kalau mood tak okay korang boleh taip entry tak? Ada yang jenis okay boleh lah nak mengarut dalam entry kan.hihi. Miss Yaty ada baca entry MisH LolLyPurp pagi tadi tajuknya Taip Entry Kena Ada Feeling. Baru Syok.. Memang kena sangatlah dengan tajuk Mish hari ni.

Mood Miss Yaty nak taip entry minggu ni memang dah macam kelaut dah. Haha. Tapi berusaha jugak buat entry auto publish. Walaupun sebenarnya entry copy paste je. Hahah. Entry-entry yang Miss Yaty kongsi ni sebagai peringatan dan kegunaan Miss Yaty jugak pada masa akan datang.

Sedihnya bila dapat tahu Miss Yaty tak menang contest aku kaya dari blog akak Bobie tu. Takpe lah takde rezeki Miss Yaty. Apa pun tahniah pada blogger yang menang. Khabarnya beliau nak buat business semoga business yang bakal dia buat tu berjalan lancar. ;)

Miss Yaty ada request nak buat header dengan LAdy_dyLA tapi tak tahu nak pilih gambar pe. Macam rambang mata je nak pilih. Miss Yaty taknak buat header gambar yang menonjol sangat tapi Miss Yaty takde gambar posing macam LAdy_dyLA. Macam mane ek. Miss Yaty tengah perah otak ni nak bagi gambar macam mana. Harap-harap LAdy_dyLA tak marah sebab Miss Yaty lambat bagi gambar untuk edit..





P/s: Pagi-pagi Miss Yaty suka sangat dengar Hot Fm. Sebab suka dengar kerenah deejay yang kelakar :) 

Tuesday, April 19, 2011

Khasiat/Kepentingan Timun pada manusia | Kelebihan

Khasiat Timun :)
Timun yang hijau
  • Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.
  • Mudah menyejuk dan membersih menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.
  • Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.
  • Hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.
  • Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.
  • Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.
  • Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.
  • Timun mengandungi erepsin - enzim yang membantu menghadamkan protein.
  • Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut, terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kobis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik dalam badan.
  • Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.


Sumber : Link 

Monday, April 18, 2011

Tips Penjagaan Kuku Agar Cantik dan Kemas

Assalamualaikum. Korang pentingkan penjagaan kuku tak? Bagi Miss Yaty kebersihan kuku amatlah penting. Melalui kuku juga kita dapat gambarkan perwatakan seseorang tu. Penjagaan kuku ni sama nilainya dengan penjagaan wajah, rambut dan kulit. Tapi tak ramai tahu cara nak jaga kuku sebab tak tahu pentingnya kuku kan. Menjaga kuku sebenarnya tak susah pun kita cuma kena sentiasa potong dan bersihkan kuku. 



Pentingnya menjaga kuku






Banyak keburukan yang datang kalau kita tidak menjaga kuku dengan sebaiknya. Antaranya adalah akan mendatangkan penyakit seperti cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, bewarna kuning atau hitam yang pasti menjejaskan penampilan kita.



Cara Penjagaan Kuku

Kuku yang panjang kena sentiasa di potong.

1. Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.



2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.


3. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.

Sentiasa merapikan kuku


4. Pemakaian pelembap tangan dan kuku mengandungi vitamin C membantu mencantikkan kuku.

5. Minum banyak air dapat membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.

6. Sentiasa merapikan kuku agar sentiasa kemas dan rapi.

Petua Tradisional

Penjagaan kuku kaki amat penting
Kuku kaki kadang-kadang mudah berubah warna menjadi kehitaman atau kekuningan menyebabkan ia kelihatan tidak menarik. Cuba tuangkan cuka di atas kuku tadi dan gosok dengan kain lembut. Kemudian bilas dengan air suam. Pasti warnanya akan kembali berseri.



Boleh juga mencuba dengan menggunakan bawang putih yang dibelah dua. Gosok pada kuku kaki hingga warnanya kembali berseri dan berkilat. Kemudian bersihkan.

Tips Kecantikan

Jangan menggigit kuku.
Jangan amalkan mengigit kuku kerana itu hanya merosakkan bentuk kuku yang sedia ada.




Sumber : Link 

Saturday, April 16, 2011

Lirik & Video Klip Di Saat Aku Mencintaimu | Dadali Band

Lirik : Di saat Aku Mencintaimu
Penyanyi : Dadali Band

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta




P/s: Lagu ni takde kena mengena dengan hidup Miss Yaty. Cuma nak korang dengar lagu ni jugak sebab lagu ni sangat best dan amat menyentuh hati.


This song is really a great song!!

Friday, April 15, 2011

Filem Kongsi (Trailer & Sinopsis) Lakonan Shaheizy Sam Artis Paling Popular 2010

Assalamualaikum semua. Hari ni Miss Yaty tak sabar nak kongsi trailer dan sinopsis filem Kongsi lakonan Shaheizy Sam. Ala pelakon glamour yang dapat gelaran Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 tu. (Dah tahu korang kenal saja nak gtaw jugak.Haha) 

Filem Kongsi ni memang lain dari yang lain. Kalau korang nak tahu apa yang lain korang baca lah sinopsis filem ni. Miss Yaty confirm filem ni memang filem wajib tonton pada tahun 2011 ni. Berkemungkinan filem ni bakal meletop sebab Brader Sam berlakon kan.

Filem Kongsi ni merupakan filem ala-ala semseng tapi masih ada terselit versi komedi. Pengarah filem ni pulak pelakon filem Lagenda Budak Setan iaitu Farid KamilAntara pelakon yang berlakon dalam filem Kongsi ni ialah Farid Kamil, Fizo Omar, Shaheizy Sam, Norliana Samsudin dan Zul Handyblack.

Filem Kongsi bakal di tayangkan dipawagam pada May 2011. Jom layan sinopsis dan trailer kat bawah ni.
gambar filem kongsi 2011 

Sinopsis Filem Kongsi

gambar shaheizy sam pelakon filem kongsi
Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. 
Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur. 
Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.


P/s: Tak sabar nak tunggu filem ni di tayangkan. :)


Sumber: Sinopsis Filem Kongsi dan Trailer.

Thursday, April 14, 2011

Apa itu TIBI dan Simptom Batuk Kering

TIBI

Batuk kering merupakan sejenis penyakit yang dibawa oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai ‘Mycrobacterium Tuberculosis’ atau kuman Tibi. Bakteria berbahaya ini, bertindak dengan menyerang paru-paru dan juga mana-mana bahagian lain dalam tubuh badan seseorang seperti tulang, sendi tulang serta buah pinggang.

Simptom-Simptom Batuk Kering

- Batuk selama dua minggu atau lebih dan kadang kala berdarah
- Batuk berkahak yang berwarna kekuningan/kehijauan
- Lemah dan keletihan
- Susut berat badan
- Kehilangan selera
- Menggigil
- Demam
- Berpeluh waktu petang dan malam
- Mereka Yang Berisiko Diserang Batuk Kering

Mereka Yang Berisiko Diserang Batuk Kering

- Mereka yang telah dijangkiti HIV (virus AIDS)
- Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering
- Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
- Sesetengah bangsa dan etnik minoriti
- Mereka yang kekurangan zat dan vitamin
- Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV

Wednesday, April 13, 2011

Sinopsis Filem Karak Filem Seram Malaysia

Assalamualaikum semua.

Korang dah tengok trailer filem Karak | Laluan Puaka arahan Yusry KRU. Kalau belum korang boleh klik kat entry Trailer Filem Karak Laluan Puaka. Filem ni memang menarik sebab tajuk dia yang buat kita tak sabar-sabar nak tengok filem ni.

Selama ni Miss Yaty hanya dengar banyak cite hantu kat lebuh raya karak tu tapi tak penah tahu kesahihannya. Hanya orang yang penah alaminya tahu kewujudan alam mistik kat situ.

Ramai artis baru yang berlakon filem ni. Mungkin Yusry KRU nak mengasah bakat pelakon baru dalam dunia lakonan. Hahah. Miss Yaty agak je. Antara pelakon yang berlakon dalam ni ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.


Sinopsis Filem Karak – Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan. 
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya. 
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam. 
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Filem ni akan di tayangkan di pawagam pada 26 Mei 2011. Jom pakat tengok ramai-ramai baru tak takut.hihi.





Tuesday, April 12, 2011

Apa itu BPA, Ciri-Ciri Botol Susu BPA dan Kesan Botol Susu BPA? |

Gambar perbezaan botol susu BPA (PC = Bahaya)

Assalamualaikum semua. Mesti ramai dah tahu isu botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kan?

Tapi tahukah korang apa itu BPA?
Menurut kajian BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.

Ciri-ciri botol susu polikarbonat ni adalah bersifat keras dan lutsinar.

PC atau polycarbonate diperbuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau dikenali sebagai BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.

Antara kesan buruk BPA:

- Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir

- Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak

- Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan

- Masalah kegemukan atau obesiti

- Kecacatan pada bayi baru lahir

- Menambahkan risiko kematian bayi

- Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya

- Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung

- Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif




Alternatif lain :


Menggunakan botol susu daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Botol susu bebas dari BPA