Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Nuffnang Featured Blogger for March 2011

Assalamualaikum dan salam sayang. Syukur alhamdulillah amaran tsunami kat negara kita dah di tarik balik. Alhamdulillah.


Miss Yaty taip entry ringkas je kali ni sebab nak kongsikan kat korang link Nuffnang Featured Blogger for the month of March. Mesti ramai dah tahu kan Nuffnang ade buat featured blog. Ala-ala nak promote blog jugaklah kot.


Miss Yaty tertarik featured blog bulan March ni. Sape tak kenal lagi blogger Maria Elena ni boleh terjah kat Blog Maria Elena is Greek Helen.


Tahniah pada beliau sebab terpilih menjadi Nuffnang featured blogger for the month of March!!


Kalau korang tak kenal blog Maria Elena korang klik je link blog Maria Elena tu. Siyez memang tak rugi kenal blog ni sebab Maria memang sorang yang sempoi giler dan errr gile2 gak..hihii. Maria ada share video klip jugak. Like gile video dia yang kat entry Girl Talk! Sweet date with her boyfie. ^^


Tak rugi jugak tengok style dia pakai shawl dan mimik muka dia yang comel tu!!hihi.


Le't's cekidaut blog http://www.peliks.blogspot.com/.


Friday, January 21, 2011

Buffered Earning | Sejarah Buffered Earning Blog Miss Yaty dan Buffered Earning Ke 13, 14 dan 15

Dah lama rasanya Miss Yaty tak update entry pasal Buffered Earning dan Metered Earning. Miss Yaty tak sempat pun nak cerita kat korang yang Miss Yaty ada dapat 3 lagi BE lepas 12 BE yang lepas.

Entry pertama Miss Yaty pada bulan December yang lalu Miss Yaty dapat BE yang pertama dan kedua di entry Buffered Earning jangan jadi Metered Earning. Miss Yaty rasa gembira sangat sebab baru sebulan Miss Yaty kembali aktif Miss Yaty terus berjaya merasa BE. Alhamdulillah.

Entry kedua Miss Yaty yang bertajuk Buffered Earning | Rezeki Mencurah-curah. Dalam entry ni Miss Yaty kongsi cerita yang Miss Yaty berjaya dapat BE ke 3, 4, 5 dan 6.  

Minggu yang seterusnya Miss Yaty berjaya dapat BE yang ke 7, 8, 9 dan 10 sekaligus di entry Bufffered Earning | 10 BE Sekaligus Running. 10 BE blog Miss Yaty menari sekaligus pada bulan December 2010. Betapa gembiranya Miss Yaty sebab berjaya dapat 10 BE dalam sebulan saje.

Di sebabkan berjaya mendapat 10 BE Miss Yaty ada share Tips Mendapatkan Buffered Earning Berterusan. Kesemua tips ni memang Miss Yaty lakukan dan menyebabkan Miss Yaty akhirnya berjaya dapat 10 BE sekaligus. Miss Yaty ucapkan terima kasih pada Cik Tom sebab Miss Yaty belajar tips dari beliau.

Pada penghujung bulan December blog Miss Yaty ni berjaya mendapat BE ke 11 dan 12 pulak di entry Buffered Earning | BE Ke 11 dan 12 Muncul Di Blog Newbie

Pada bulan Januari 2011 Miss Yaty belum ada masa update entry yang Miss Yaty berjaya mendapat BE ke 13, 14 dan 15. Miss Yaty makin sibuk di pejabat dan pada sebelah malam waktu amat terhad sebab Miss Yaty kena update entry dan berblogwalking. 

Tapi bila tenet lembab menyebabkan Miss Yaty tak dapat nak menjenguk kawan-kawan di alam maya Miss Yaty dan Miss Yaty Mohon Maaf Pada Semua blogger dan kenalan Miss Yaty sebab tak sempat menjenguk blog mereka.

Di sebabkan Miss Yaty jarang blogwalking traffik Miss Yaty jatuh dan kalau korang nak tengok traffik Miss Yaty korang boleh tengok link Trafik Miss Yaty. Betapa kesan tak blogwalking ni memang hebat menyebabkan BE Miss Yaty terus menjadi ME. 

Pada awalnya cuma 2 BE menjadi ME tapi di sebabkan berderet dalam 5 hari Miss Yaty hanya dapat blogwalking sekejap je dari 2 ME kemudian menjadi 6 ME dan akhirnya Miss Yaty mendapat 9 ME.

Memang agak kecewa tapi memang Miss Yaty tak mempunyai masa untuk blogwalking jadi Miss Yaty redha je incik Nuffnang menarik BE Miss Yaty.

Apa pun Miss Yaty tetap berterima kasih pada Nuffnang sebab bagi blog Miss Yaty ni merasa BE. 

Jomlah tengok BE blog Miss Yaty yang dah menjadi ME.  Macam gembiralah plak Miss Yaty ni kan. Adeh =,='

gamabar buffered earning dan metered earning
Dari 15 BE menjadi 6 BE dan 9 ME



P/s : Kalau semua BE dah jadi ME, Miss Yaty dah boleh cash out duit Nuffnang yang pertama. Alhamdulillah. :)

Thursday, January 6, 2011

Keyword Terbaru Tahun 2011 Berjaya Di Temui dan Star Rating


Keyword terbaru hari ini. Alhamdulillah. Ada jugak masuk dalam google. Mizz Nina memang makin femes sekarang sebab tu ramai search nama Mizz Nina kan. Miss Yaty share entry Percintaan Penyanyi Noh Hujan Yang Macho dan Mizz Nina yang cun. 

Yang pasal pemain bola macam biasa isu Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 tak kan luput di ingatan rakyat Malaysia. Kemenangan yang amat membanggakan ini memang sepatutnya di beri pujian dan di beri penghargaan pada mereka yang terlibat dalam kejohanan bola sepak ni. Gol keeper Harimau Malaya Khairul Fahmi memang salah seorang yang terkena tempias aura yang hebat. Baru-baru ini Kerajaan Kelantan telah memberi sebuah penghargaan untuk Khairul Fahmi sekeluarga bagi mengenang Jasa Khairul Fahmi iaitu Sebuah Rumah. Bukan itu sahaja pemain bola sepak Harimau Malaya yang lain juga telah mendapat penghargaan dari Kerajaan negeri masing-masing. Tahniah pada mereka yang telah berjasa pada negara kita.

Isu BAM pulak masih tak selesai lagi. Misbun Sidek masih menyepi tanpa khabar. Di harap isu ni cepatlah selesai. Sebab takut memberi impak besar pada sukan badminton kelak. Perletakan jawatan secara mengejut dari Misbun Sidek memang memberi impak pada Lee Chong Wei untuk beraksi dalam kejohanan Badminton akan datang. Lee Chong Wei merasa sangat terhutang budi dengan Misbun Sidek sampaikan Lee Chong Wei susah hati memikirkan masalah Misbun Sidek. Miss Yaty share entry Misbun Sidek Letak Jawatan, Lee Chong Wei Terhutang Budi.


Miss Yaty terkejut sangat bila tengok star rating iklan Nuffnabg blog Miss Yaty naik mendadak. Minggu lepas star rating Miss Yaty just ada 3 je untuk setiap tempat iklan. Tapi minggu ni alhamdulillah. Star rating iklan Miss Yaty makin naik. Terima kasih pada mereka yang sentiasa klik iklan Miss Yaty. 

Miss Yaty tak tahu nak balas budi korang macam mana tapi setiap kali Miss Yaty blogwalking dan jumpa Iklan Miss Yaty sentiasa klik iklan tu. Miss Yaty tak tipu. Versi jujur ni. Miss Yaty sayang korang ketat-ketat. Miss Yaty akan sentiasa akan share info untuk korang ye pembaca tegar. Thanks sangat-sangat.